Sunday 1 July 2012

.Majlis Kahwin Sana Sini.

Assalamualaikum...



Entry nie sebenarnya takde kene mengena sangat dengan aku. cuma aku tersangatlah teruja melihat gambar-gambar yang diambil dan lebih mengujakan lagi bila pengantinnya adalah si cantik manis Irma Hasmie ;) ehhhh, copppp ! pasangan si Irma nie tak kurang hebatnya tahu tak? gantang gituuuu. hahaha.





S.A.H sudah menjadi isteri :) 
aku rasa saat ini pasti menjadi detik-detik yang paling emotional bagi seorang wanita kan?





Kesakitan yang diberikan dulu untuk mendapatkan senyuman pada hari ini. anda faham?
renung-renungkan dan selamat beramal ;)





Moment yang paling aku suka ! :')





Sangat sesuai mereka berdua kan? :D





Pengantin lelaki sangat pandai berposing !











Very the C.O.M.E.L !





 Sporting kan dorang? :)
calon suami aku pon nanti harus lah sporting untuk berposing macam nie ! boleh? :p





H.A.P.P.Y for both of them.


Even mereka tak kenal aku. dan tak mungkin membaca entry ini. tapi aku tetap nak wish SELAMAT PENGANTIN BARU dan selamat juga untuk menempuh alam baru selepas ini. Semoga berbahagia hingga ke syurga. InsyaAllah :)



Ehhhh, coppppp ! again :p ade soreang lagi yang dah menamatkan zaman bujang beliau. aku selalu follow die nie sebab blogger terfamous kat Malaysia jugaklah katakan. gila kau tak follow? hahaha. btw, SELAMAT PENGANTIN BARU juga untuk Irine Nadia Marcello ;)





Amacam? lepas tengok semua gambar-gambar nie korang rasa teruja tak macam yang aku rasa? ke aku sensorang je yang rasa terlebih nie? hahaha. ape pon, aku memang suka tengok gambar-gambar orang kawin sebab dipenuhi dengan gelak ketawa dan kegembiraan :') tapi, gambar sendiri tak tahu lah bila boleh tengoknya kannnn :p



J.o.d.o.h.i.t.u.r.a.h.s.i.a Allah. Jumpa lagi !



*Sumber gambar Irma Hasmie dari The Kliker





E.G.O kah A.K.U?

Assalamualaikum...



Pernah tak korang alami situasi dimana, sedang kau sedang kusyuknya membuat kerja di meja. tiba-tiba datang seorang hamba Allah lalu menyapa kau dengan kata-kata begini.


'Kau nie ego kan?'

'Lelaki ego is normal tapi kalau perempuan tak normal....'



Apakah? dushhhh. berbilion bilion tanda soal berlegar-legar dalam kotak fikiran aku. hahaha. as usual, aku akan berlagak cool. tapi dalam hati, Allah jeee tahu apa yang aku rasakan saat itu. dan yang pasti, apa yang aku nak cakap pada si penanya soalan tadi tak sama dengan apa yang sedang terlintas di hati aku. biasalah kan, wanita... apa yang keluar di mulut amatlah tak sama dengan apa yang sedang dirasa di dalam hati mereka. setuju tak wahai wanita-wanita di luar sana? ;) Dan korang boleh teka tak apa yang aku jawab pada si penyanya soalan tadi? 



'Yup. memang aku ego. tapi aku ego dengan lelaki je dan bukan dengan perempuan...'



Hahahah. padahal, apa yang sebenarnya nak aku sampaikan totally different ! tapi, biarlah begitu. mungkin lebih baik ataupun mungkin lebih buruk jadinya. bagi aku, bukan senang seorang lelaki itu untuk mendekati hati ini. bukan jual mahal jauh sekali berasa diri ini sudah cukup bagus. cuma, mahu lebih berhati-hati. pengalaman sudah banyak mengajar kita yang tidak semua yang mendekati kita itu benar-benar ikhlas untuk mengenali diri kita. kadang-kadang yang datang itu sekadar ingin menguji dan tidak kurang juga hanya menjadikan kita sebagai tempat persinggahan. 



Dan tak salah kan kalau kita bersikap memilih sedikit untuk kebaikan diri sendiri? setiap daripada kita pasti berharap dapat yang terbaik untuk mereka. bukan untuk di dunia ini saja tetapi di dunia yang kekal abadi di sana nanti. InsyaAllah :)









 

Template by Blogger Candy