Showing posts with label : Nukilan Rasa :. Show all posts
Showing posts with label : Nukilan Rasa :. Show all posts

Sunday, 21 October 2012

.Saya Dah Penat.


Assalamualaikum...



 

Kehidupan... 
Kadang kadang aku tak paham apa yang aku mahukan...
Apa yang aku kejarkan dalam hidup ini...
Acap kali pertanyaan dan persoalan ini berlegar legar di dalam mindaku...
Masih mencari cari erti, arah dan tujuan yang ingin dikecapi...
tapi sehingga saat dan detik ini, masih belum ditemui...


Kehidupan...
Ada kalanya aku jadi lemah kerana mu...
Ada kalanya aku jadi gila kerana permainan mu...
Ada kalanya juga aku seakan sudah berputus asa dengan mu...
Sehingga ada masanya aku berfikir untuk tidak memikirkannya lagi...


Kehidupan...
Jika engkau boleh berkata kata...
Sudah pasti aku akan memaksa mu untuk menjawab pertanyaan aku ini...
Jika engkau boleh mengerti perasaan yang aku alami ini...
Pasti engkau turut merasa apa yang aku rasai ini...
Dan jika engkau dapat melihat...
Pasti engkau sedih melihat keadaan aku begini...


Kehidupan...
Selama 25 tahun aku sudah bernafas di dunia ini...
Banyak cerita yang telah aku dengari...
Banyak ketawa yang telah aku lihat dengan mata yang tidak pernah menipu ini...
Dan banyak juga tangisan yang aku dengari saban hari dalam meniti hari hari disini...
Itu semua pengalaman berharga yang dikutip untuk menjadi sumber kekuatan dikemudian hari...


Kehidupan...
Mengertilah sesekali akan hati dan perasaan ini...
Yang mungkin susah untuk difahami oleh insan lain di bumi ini...
Kadang ia kuat, sekuat besi yang tidak mudah dibengkokkan...
Kadang ia lemah, pantang di sentuh pasti berkecai seperti gelas yang pecah bertaburan ke lantai...







Kehidupan...
Hanya satu yang ku pinta...
Bantulah aku untuk terus mendaki puncak yang tertinggi...
Walau jalan yang terpaksa ditempuh terlalu banyak onak dan durinya...
Selagi ada secebis harapan dan doa yang diutuskan...
Tidak akan sesekali jiwa ini mengalah...
Malah akan terus berjalan merentasi halangan...
Dan jika perlu untuk berlari melawan arus yang deras...
Akan ku gagahi jua kaki ini untuk sampai ke destinasi yang dituju...
Berbekalkan kecekalan dan kekuatan yang masih berbaki...
Selagi jasad ini masih bernyawa...





Sunday, 1 July 2012

E.G.O kah A.K.U?

Assalamualaikum...



Pernah tak korang alami situasi dimana, sedang kau sedang kusyuknya membuat kerja di meja. tiba-tiba datang seorang hamba Allah lalu menyapa kau dengan kata-kata begini.


'Kau nie ego kan?'

'Lelaki ego is normal tapi kalau perempuan tak normal....'



Apakah? dushhhh. berbilion bilion tanda soal berlegar-legar dalam kotak fikiran aku. hahaha. as usual, aku akan berlagak cool. tapi dalam hati, Allah jeee tahu apa yang aku rasakan saat itu. dan yang pasti, apa yang aku nak cakap pada si penanya soalan tadi tak sama dengan apa yang sedang terlintas di hati aku. biasalah kan, wanita... apa yang keluar di mulut amatlah tak sama dengan apa yang sedang dirasa di dalam hati mereka. setuju tak wahai wanita-wanita di luar sana? ;) Dan korang boleh teka tak apa yang aku jawab pada si penyanya soalan tadi? 



'Yup. memang aku ego. tapi aku ego dengan lelaki je dan bukan dengan perempuan...'



Hahahah. padahal, apa yang sebenarnya nak aku sampaikan totally different ! tapi, biarlah begitu. mungkin lebih baik ataupun mungkin lebih buruk jadinya. bagi aku, bukan senang seorang lelaki itu untuk mendekati hati ini. bukan jual mahal jauh sekali berasa diri ini sudah cukup bagus. cuma, mahu lebih berhati-hati. pengalaman sudah banyak mengajar kita yang tidak semua yang mendekati kita itu benar-benar ikhlas untuk mengenali diri kita. kadang-kadang yang datang itu sekadar ingin menguji dan tidak kurang juga hanya menjadikan kita sebagai tempat persinggahan. 



Dan tak salah kan kalau kita bersikap memilih sedikit untuk kebaikan diri sendiri? setiap daripada kita pasti berharap dapat yang terbaik untuk mereka. bukan untuk di dunia ini saja tetapi di dunia yang kekal abadi di sana nanti. InsyaAllah :)









Monday, 30 January 2012

Di Manakah Hilangnya Pelangi Di Bulan January?


Assalamualaikum.




"Kadang kadang Allah hilangkan sekejap matahari, lalu Dia datangkan guruh dan kilat. Puas kita menangis. Menunggu dan mencari ke mana hilangnya matahari itu. Rupa rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah"   




Mutiara kata di atas mungkin tidak asing lagi dalam kamus hidup kita bukan? aku mengaku. setiap kali diri ini diuji dan berada di dalam kesedihan, jika kita membaca kata kata semangat seperti di atas contohnya. hati sedikit sebanyak akan berasa tenang. aku juga sentiasa berpegang bahawa ujian yang diturunkan itu bukan sengaja diberikan oleh Dia tanpa sebab. semuanya bersebab dan sudah tertulis. pasti ada hikmah disebaliknya. dan aku juga sentiasa percaya bahawa jika kita diuji itu beerti kita disayangi. Dia mahu kita dekat kepada Nya. Dia mahu menghapuskan dosa dosa kita. Dia mahu kita sentiasa mengingati Nya setiap saat. setiap detik. tanpa henti.




January. sepatutnya menjadi bulan kegembiraan ku. bulan yang penuh dengan tawa riang aku. bukan january yang penuh dengan air mata aku. tapi kalau sudah itu yang tertulis, aku perlu redha seredhanya. tidak seharusnya sedikit pun untuk aku mengeluh. mempertikaikan kenapa, mengapa dan bagaimana semua itu terjadi. itu semua seolah olah aku mempertikaikan apa yang telah Dia aturkan di dalam perjalanan hidup ku. cuma aku berasa sedikit sedih kerana hati mana yang sanggup melihat kesedihan yang sedang ditanggung oleh mereka yang disayangi di depan mata sendiri. korang sanggup? sanggupkah korang bergembira jika ini yang terjadi ke atas dirimu?




Perjalanan dan kisah kehidupan kita di atas dunia ini tidak hanya tertumpu pada diri sendiri sahaja. cuba lihat disekeliling. kita tidak mampu hidup keseorangan. mereka yang sentiasa disisi itu juga adalah nadi kita. sebahagian daripada diri kita. gembira mereka. gembira jugalah diri kita. sedih mereka. sedih jugalah diri kita. sakit mereka. terasa juga sakit diri kita. tanpa mereka dunia seolah olah gelap. layakkah kita bergembira jika sebahagian daripada diri kita sedang melalui saat saat getir di dalam hidup mereka? kita boleh menipu melalui luaran. kita boleh cipta kegembiraan yang palsu di hadapan semua orang. tapi hati tidak bisa untuk menipu.




 Ada masanya kita merasakan terlalu payah untuk kita meneruskan perjalanan ini. terlalu berliku. putus asa untuk meletakkan sebarang harapan lagi. tapi hidup perlu diteruskan juga. beribu kali kau terjatuh. tersungkur. kau harus berdiri semula. hidup tidak selalunya ditemani dengan kisah kisah gembira sahaja. kadang kita terpaksa menangis untuk mendapatkan kisah gembira itu. itulah erti kehidupan. kehidupan sentiasa mempunyai pilihan. kehidupan banyak mengajar kita erti ketabahan. kesabaran. kehidupan juga membawa kita kepada apa yang kita ada pada hari ini.




 Orang boleh menilai kita dengan apa yang mereka nampak. orang sentiasa percaya dengan apa yang mereka nampak. orang boleh berkata kata dengan apa yang mereka nampak. tapi adakah mereka merasa apa yang kita rasa? adakah mereka mengalami perkara yang sama seperti apa yang kita alami? adakah mereka tahu setiap cerita yang tersirat disebaliknya? adakah mereka tahu rahsia yang tersembunyi disebaliknya? yang pasti. mereka tidak tahu. tapi masih ingin berlagak tahu. sedih.




Bagaimana harus aku lalui semua ini? mereka sangat kuat. dan aku juga harus kuat. bagai mimpi buruk di awal tahun 2012. cuma dapat berdoa yang ianya akan berlalu segera. pulangkan mimpi mimpi indah kami. pulangkan keceriaan kami. berikan kami ketabahan. pinjamkan kami kekuatan agar ujian ini mampu diharungi untuk kesekian kalinya. aku pohon.




 Keperitan hari ini mungkin kemanisan hari esok. Kemanisan hari ini, belum tentu kenikmatan hari esok. Maka, sentiasa bertawakal kepada Allah dan jangan sesekali putus asa berdoa kepada Nya. Hikmah disebalik musibah itu terlalu rahsia. Namun satu yang pasti, sesuatu ujian atau musibah yang diturunkan itu walau ianya pahit di dunia tetapi manis di akhirat. 



Wallahu'alam.




Wednesday, 25 January 2012

Apa Nak Buat Nie?


Assalamualaikum.





Saya rindu dia. agak agak dia rindu tak dekat saya? kadang kadang saya ingat dekat dia. agak agak die ingat tak dekat saya? dia rasa tak apa yang saya rasa sekarang nie? dia jauh. sangat sangat jauh. apa nak buat ye?


Telefon? tak tahu nombor.

Bagi email? tak tahu email.

Bagi surat? langsung tak tahu alamat.

Muka Buku? tak active.

Twitter? Langsung tak ade.

Tengok gambar? satu pon tak ade.

Berdoa? itu yang terbaik.


Kalau korang rindu, apa yang korang buat? semestinya tidak sesusah situasi seperti aku nie kan? hargailah mereka yang sentiasa berada di sisi. sayangi mereka selayaknya. semoga korang sentiasa bahagia dengan kehidupan sekarang :)




Tuesday, 24 January 2012

Without Words


Assalamualaikum.






I shouldn’t have done that
I should have pretended not to know
Like I didn’t see it
Like I couldn’t see it.


I shouldn’t have looked at you in the first place
I should have run away
I should have pretended I wasn’t listening
Like I didn’t hear it
Like I couldn’t hear it
I shouldn’t have heard your love in the first place.


Without a word
You made me know what love is
Without a word
You gave me your love
Made me fill myself with your every breath
Then you ran away.


Without a word
Love leaves me
Without a word
Love abandons me.


Wondering what to say next
My lips were surprised
It came without a word
Why does it hurt so much?
Why does it hurt continuously?


Except for the fact that I can’t see you anymore
And that you’re not here anymore
Otherwise
It’ll be just the same like before.


Without a word
Tears starts falling down
Without a word
My heart is broken
Without a word
I waited for love
Without a word
Love hurts me.


I’ve become transparent
I’ve become a fool
And I cry just by looking at the sky.


Without a word
Separation finds me
Without a word
The end comes to me
It tool my heart by surprised
To send you away unexpectedly
It came without a word.


Without a word
Love appears
Without a word
Love disappeared.


Like a fever I’ve had
Maybe all I have to do is hurt for a while
Because in the end, the only thing that remains are scars.




Monday, 23 January 2012

I Don't Know Why?


Assalamualaikum.





Why is it
That whenever I try to say
How much I really like someone
The words just won't come out right?


Why is it
When I try to tell someone I truly love
Just how much I love them
Tears just seem to fill my eyes?


Although the days we shared
Little by little fade into memories
Still...I love you.


Why is it
That tears seems to fill my eyes
That I start to cry?


When I pray
That I'll see you in my dreams
Just that night
You don't appear even once.


Why is it
That when I just want to tell someone I really love
How much I love him
I start crying? 


Even though the day we met
Is little by little becoming a memory
Still...I love you.


Why is it that I cry?





Friday, 20 January 2012

Finally...Home Sweet Home !


Assalamualaikum.



 Alhamdulillah. mak dah keluar wad petang semalam.


Alhamdulillah. semakin pulih walau belum sepenuhnya.






Dari siang.





Sampai ke malam.


Tiga hari berturut turut aku berkampung di Pusrawi, cuma tak tido sana jeee.


 Memang bosan sampai nak pengsan stay kat spital nie kan?


Patutlah mak pon tak tahan stay sana lama lama.


Kalau aku bosan. keje aku ngadap tingkap kat luar tu jela.


Agak agak ngantok, baring sebelah mak.


Agak agak nak hiburan, pergi mengadap tb dekat depan.


Balik rumah terus cari tilam, bantal, selimut. tak pikir hape dah. sakit badan, pinggang sebab seharian duduk jee atas kerusi. dugaan kan, mesti sabar.


Terima kasih pada rakan sekerja mak yang tak putus putus datang. pada pakcik, makcik dan besan yang sudi menziarah. dan pada semua yang mendoakan. 


Semoga Allah membalas segala kebaikan kalian <3



 

Monday, 16 January 2012

Semoga Mak Cepat Sembuh


Assalamualaikum.






Kalau gembira aku menulis.

Kalau sedih pon aku menulis.

Pendek kata, aku lebih senang menulis daripada berkata kata.

Aku lebih senang meluahkan disini dan semestinya mengadu pada Dia.

Bukan bermakna aku tidak mempercayai mereka yang sentiasa disisi.

Cuma diri ini susah untuk meluahkan apa yang dirasa sejak azali lagi.


Dan hari ini aku gelisah, sedih dan segala macam perasaan yang tidak enak menimpa diri.

Mak telah dimasukkan ke wad dan tidak tahu untuk berapa hari.

Yang paling kesian pada si kecik.

Semalam tidur berselimutkan kain batik mak.

Aku tahu jauh disudut hatinya ingin tidur mendakap mak seperti malam malam sebelumnya.

Tapi ini bukan masa yang sesuai adik, mak kan tak sihat. aku terus memujuknya supaya dia memahami.


Segala kerja rumah, menjaga si kecik, makan minum, aku perlu mengambil alih.

Kadang kadang aku merasa sangat penat.

Tapi kadang kadang itu membuatkan aku terfikir, betapa penatnya mak telah menjaga kami sekeluarga selama ini tanpa mengeluh sedikit pon.

Itulah yang dikatakan kasih seorang ibu.

Semalam, masa aku sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur, mak datang dan berbisik sesuatu kepada aku.

'Nasib baik Kak Ngah ada, kalau tak teruk mak....'

Dalam hati tiada sedikit pun perasaan bangga mendengar kata kata dari mak, yang ada cume kesedihan mendengar suara lemah dan tidak berdaya mak. apalah sangat sumbangan yang hanya sedikit ini yang mampu aku berikan.


 Sekarang aku mula mengerti.

Mengapa Dia selalu meletakkan aku berdekatan dengan keluarga ku.

Mengapa aku tidak berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke tempat yang jauh seperti kakak dan adik ku.

Mengapa sehingga saat ini aku masih belum mendapat rezeki untuk bekerja.

Jika bukan aku, siapa lagi yang perlu menjaga mereka di saat saat seperti ini?


Perancangan Dia sangat besar.

Sangat tersembunyi dan terkadang tidak terfikir oleh akal secetek ini.

Cuma mampu meletakkan sepenuh kepercayaan yang Dia merancang yang terbaik untuk hamba-Nya.

InsyaAllah.




*petang nie nak pergi melawat mak dekat spital. tapi kene tunggu si kecik balik dari sekolah agama dulu, bawak die melawat bersama sama. semoga mak cepat sembuh. Amin.


 

Template by Blogger Candy