Showing posts with label : 2011 Dalam Kenangan :. Show all posts
Showing posts with label : 2011 Dalam Kenangan :. Show all posts

Thursday, 9 February 2012

Suka Duka 2011


Assalamualaikum.



 Malam nie entah kenapa sukar untuk aku melelapkan mata. mungkin dah terlebih tido agaknya. hampir 4 bulan sudah aku menanam anggur di rumah. sangat penat tunggu buah anggur yang tak juga berbuah buah nie :p ke kanan salah. ke kiri salah. mengiring salah. melentang pon salah. serba serbi tak menjadi. last last aku capai laptop untuk menulis. dalam pada tak boleh tido tu. tetibe all the memories especially sepanjang 2011 menjengah kembali. itu sudah menjadi kebiasaan. bukankah manusia sering hidup dengan memories? cuma jangan sampai terbawa bawa sampai tak dapat bezakan mana yang sekarang dan mana yang sudah menjadi sejarah sudah lah. itu namanya cari penyakit !




Suka duka. pahit manis 2011. semua tu masih segar dalam ingatan aku. walau sudah memasuki februari waktu ini tapi rasa macam sayang nak tinggal 2011. banyak pengajaran yang aku pelajari tahun lepas. mungkin ada benarnya apa yang dikata orang. semakin kita membesar, semakin kita akan dapat melihat dunia ini dari perspektif yang berlainan. lebih memahami apa yang dinamakan tentang kehidupan. malam nie aku nak buat senarai pendek secara ringkas tentang apa yang telah aku lalui sepanjang tahun lepas. let's check it out guys !



  1. Tahun 2011 dimulakan dengan saat saat yang menggembirakan. 'Kau' hadir dengan memberi harapan dan membuka pintu hati ini yang tak pernah aku berikan pada sesiapa pon sebelum nie. 
  2. Dan akhirnya 'Kau' juga yang memusnahkan segala kepercayaan yang diberikan dalam sekelip mata. rasa menyesal tak sudah kerana mempercayai 'Kau'. tapi kerana percaya dan yakin akan perancangan Allah, aku redha dan relakan semua yang berlaku.   
  3. Penang menjadi destinasi percutian aku yang pertama sejak menetap di Sintok. walau kampung aku dekat Kedah tapi jujur tak pernah aku pusing pusing satu Penang tu. mungkin ade time kecik kecik dulu tapi mane nak ingat dah :p percutian yang tak dirancang sememangnya sangat best kan? nie semua gara gara stress dengan study ! tambah pulak sem akhir. stressnya jangan cakaplah. dan untuk mencari ketenangan juga semestinya. hati tak tenang mane boleh nak tumpu 100% kat study kan kan? one word for Penang. awesome !
  4. Tak habis kat situ je. Thailand here I came ! sawadikappp :) aktiviti wajib rasanya untuk student student tahun akhir untuk follow trip ke sana. dah kata duduk hujung Malaysia kan. dekat Sintok, sebelah je dengan Thai tu. haruslah tak boleh lepas peluang. pengalaman yang tak mungkin dilupakan. first time pergi negara orang. satu yang aku belajar dan mula mengerti pepatah ini. "hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri" :')
  5. Jatuh bangun aku. penat lelah aku struggle untuk segulung ijazah sepanjang 2 tahun setengah di Sintok. Alhamdulillah. dapat juga aku merasa Dean List buat pertama kalinya. dan untuk terakhir kalinya. begitu susah untuk aku dapatkan anugerah itu. tiada niat untuk membangga diri di sini. tapi, aku bangga dengan Shahida Zakaria yang tidak kenal erti putus asa dan terus berjuang sehingga mencapai apa yang diinginkan. Alhamdulillah. ada hikmah disebalik kesakitan dan kesedihan yang dirasakan di awalnya. jika ini pertukarannya, aku sanggup :')
  6. Masa praktikal adalah saat saat yang paling tak akan aku lupakan sepanjang tahun 2011. bukan mudah untuk praktikal di kilang nie. lain yang kau harapkan, lain yang kau dapat. environment, cara kerja semuanya totally different. nanti aku update lain oke untuk entry nie. terlalu panjang untuk describe disini. tapi syukur Alhamdulillah. again, aku dapat score 4 flat untuk industrial training kali nie. tebus time diploma dulu :p
  7. Jika dulu, seorang hamba Allah telah meninggalkan kesakitan ke atas diri aku. kali nie. aku berjumpa pula seorang hamba Allah yang meninggalkan kegembiraan buat diri aku. walau cinta itu tidak harus memiliki, tapi kenangan disebaliknya yang membuat aku mampu tersenyum sehingga hari ini bila teringat kembali saat saat manis itu. "Love story let's make it history" kata Melly Goeslow :)



Itu secara ringkas antara cerita cerita yang paling meninggalkan kesan di dalam diari 2011 aku. pahit itu sentiasa ada dan manis itu juga sentiasa ada. mungkin pada saat benda tu terjadi, kita akan merasa yang ianya sangat pahit dan sukar untuk dilalui. tapi bila masa berlalu, saat kita terimbau kembali all the memories. kita hanya akan mampu tersenyum dan mungkin tertawa sambil menggeleng kepala merasa kemanisan di setiap kepahitan itu. :)  




Tapi satu hal yang membuatkan aku tersedar. sehebat mane ujian, dugaan dan cabaran yang kita lalui. tengok sekarang ! kita masih di sini. di tahun 2012. yes ! kita berjaya mengharunginya guys. selagi yang namanya kehidupan itu pasti ade ujian. manusia tidak pernah terlepas dari ujian. kita tak bisa lari dari masalah. malah, masalah itu sentiasa mengekori walau ke mana sahaja kita pergi. dunia belum berakhir jika kita ditimpa sesuatu masalah. Allah sentiasa ada. berdoalah kerana Dia sentiasa mendengarnya. jika terjatuh, segeralah bangkit. jangan biarkan diri anda tersungkur buat selamanya. 









"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada dir mereka sendiri" 
surah Ar-Ra'd (ayat 11) 



Friday, 6 January 2012

Love Letter 2011


Assalamualaikum.






Dia... bagaimana harus aku describe mengenai dia? Dia bukan seperti Aaron Aziz semestinya. Bagai langit dan bumi jauhnya. Dia bukan Anuar Zain yang merdu suaranya. Bisa mencairkan hati ramai wanita wanita diluar sana. Tapi dia adalah dia.


Dia selalu disamping bila ku kesedihan. Dia selalu mencuba memberiku senyuman tika diri ku berada di dalam kesedihan. Dia selalu mengembalikan tawaku disaat aku berada di dalam kemarahan dengan lawak lawak sengalnya. Walau mungkin dia pula yang akan dimarahi, tapi dia masih mencuba. Dia memberi kata kata semangat saat aku mula berasa putus asa dihimpit tekanan dan ujian yang mendatang. Dia sentiasa disitu walau aku selalu tidak menyedarinya.


Kadang, kenakalan dia membuatkan aku geram. 
Kadang, usikan dia membuatkan aku benci. 
Kadang, marah die membuatkan aku sedih. 
Kadang, rajuknya membuatkan aku kecil hati. 
Kadang, cemburunya membuatkan aku rimas. 
Kadang, diamnya membuatkan aku gelisah. 
Kadang, senyumannya membuatkan aku terpana. 
Kadang, jelingannya membuatkan aku takut. 
Tapi itu semua membahagiakan aku.


Tapi kini. Itu semua sudah tidak beerti. Dia sudah pergi jauh. Jauh meninggalkan aku. Sendirian. Mungkin tiada peluang lagi untuk bertemu. Saat die berlalu pergi, saat itu jugalah hati ini mula memahami. Rasa itu mula hadir walau aku cuba untuk menidakkan selama ini. Luahan yang dia ucapkan hanya dipandang sepi oleh diriku. Jawapan yang dia harapkan, hanya dibiar hampa oleh aku. Kegembiraan yang dia harapkan, terpaksa aku hancurkan. Tapi, mengertilah itu semua bukan kehendakku. 


Wahai si dia. Walau dimana sahaja dia berada. Aku doakan dia berbahagia selalu dalam menjalani kehidupan yang akan mendatang. Ingat janji dan doa kita bersama. Kita berjanji supaya tiada perasaan benci yang terikat diantara kita. Kita saling mendoakan yang terbaik buat sesame sendiri. Mendoa semoga kita akan bertemu dengan jodoh masing masing yang terbaik buat diri kita berdua. Dan menerima qada dan qadar bahawa. Dia bukan untuk aku. Dan aku juga bukan untuk dia.


Terima kasih memberi aku rasa bahagia walau seketika. 
Terima kasih kerana cuba memahami aku. 
Terima kasih kerana mengambil berat akan diriku. 
Terima kasih kerana sentiasa menceriakan hari hari ku. 
Terima kasih kerana tidak pernah membenci aku. 
Terima kasih kerana sentiasa menyayangi aku. 
Walau ikatan persahabatan sahaja yang mampu aku berikan. 
Terima kasih kerana membuat aku percaya kembali bahawa sememangnya cinta itu masih wujud buat diriku. 
Terima kasih atas segalanya. 






.Love Letter yang tak akan pernah sampai ke tangan penerimanya.




Rindu itu menjengah kembali. Kadang, aku kuat. Kadang, aku tewas. Kadang, ada perkara yang tidak perlu kita ucapkan kerana takut ia akan merubah segalanya. Biarlah rahsia Love Letter ini tersemat disini tanpa pengetahuan Dia. Dia tak mungkin aku temui lagi. Dia ku abadikan di dalam jiwa. Menjadi sejarah yang termanis pernah terjadi dalam hidupku. Dia adalah dia. Tiada yang lain sepertinya. Itu yang pasti. 


 

Tuesday, 20 December 2011

Hari Yang Sedih Untuk Dikenang


Dah hampir setahun lebih berlalu. dan hari ini baru aku dapat tengok video 'the making of my sista wedding'. can you believe that? hahahah. bukan apa. nak dijadikan cerita, photographer yang my sis pilih dulu takde plak include sekali video making dalam package dia kann. ke ade tapi aku je tak tahu? entah. tapi kata mak memang takdee. kan dah membebel sampai sekarang nie mak aku tu. heeee. lucky sebab pakcik aku memang ade ambik sikit video ala-ala the making gitu lah time tu. dapatlah jugak nak simpan buat kenangan kan. tapi sebab diterbangkan jauh dari Kedah dan my sis asyik lupa jee nak bawak balik rumah, makanya hari ini baru dapat tengok. sadis !


Tengok punya tengok. gelak punya gelak. tetibe, aku ternampak seseorang di dalam tu. seseorang yang telah meninggalkan aku untuk selamanya. seseorang yang aku tak mungkin dapat sentuh lagi di dunia ini. dan sepantas itu juga si kecik memandang ke arah aku. 'Kak Ngah, nenek....' dengan nada perlahan je dia bersuara. dan aku hanya terdiam disitu. aku mengerti kenapa dia memandang ke arah aku ketika itu. lalu, kenangan pada hari itu menggamit semula memori ku.


Malam itu.
Seperti biasa, aku sedang menyiapkan report praktikal aku yang perlu dihantar dalam masa 4 hari sahaja lagi. dan seperti biasa juga, sejak seminggu itu aku tidur agak lambat bagi menyiapkan report. selagi jam tidak menunjukkan pukul 4 ke 5 pagi, selagi itu aku tidak akan melelapkan mata ini. kadang-kadang, sesudah subuh baru aku akan pergi beradu. tetapi pada malam itu, fikiran aku sedikit terganggu. aku kerap teringat pada nenek. sehingga aku tidak dapat meneruskan membuat report. aku mengambil keputusan untuk tidur awal pada malam itu. jam menunjukkan pukul 2 pagi ketika itu. sehinggalah mendengar azan subuh, aku masih tidak dapat melelapkan mata. sungguh ! betapa kuatnya ingatan aku pada nenek malam itu.

 
Pukul 7 lebih pagi itu.
Aku rasa baru sahaja memasuki alam mimpi. tetiba, abah kejutkan aku dengan begitu kuat sekali memanggil nama aku. dalam keadaan mamai, sayup-sayup aku terdengar abah menyebut nama nenek. hati mula dah tak sedap. rupanya ingatan semalam terhadap nenek seakan memberi aku petunjuk. 'Nenek dah meninggal...' aku terus terdiam. duduk sebentar di tilam. setitik air mata pun tidak jatuh di pipi ketika itu. aku macam tak percaya tapi dalam masa yang sama aku tak tahu kenapa tiada air mata yang mengalir keluar. mungkin aku tidak mahu menunjukkan rasa sedih itu di depan keluarga. entah. yang aku tahu, aku sering ingin kelihatan kuat di hadapan mereka terutama pada mak dan abah. walau pada hakikatnya, aku seorang yang tersangatlah mudah untuk mengalirkan air mata. tidak kira situasi gembira, apatah lagi keadaan sedih yang melibatkan orang yang aku sayang.


Sepanjang menunggu kepulangan mak dari tempat kerja.
Aku hanya setia menanti di atas kerusi. berfikir dan terus berfikir. tetiba, aku bersuara bertanya kepada abah. 'Bila nenek meninggal bah?' dan abah menjawab, 'Baru je lagi, dalam pukul 7 pagi tadi makcik Mah cakap...' dan aku terus diam dan berfikir lagi. bukankah sepanjang malam tadi aku asyik teringat pada nenek? setiap kali aku menutup mata, setiap kali itulah bayangan nenek selalu menjelma di dalam ingatan aku. mungkinkah itu rohnya yang datang untuk menemui aku buat kali terakhir? entah. aku sangat tidak dapat berfikir dengan sewarasnya ketika itu.


Di dalam kereta menuju ke negeri sembilan.
Suasana di dalam kereta sepi. deringan telefon tidak putus-putus kedengaran. jenazah akan dikebumikan sebelum zohor. ketika itu jam menunjukkan pukul 10 lebih. sempatkah aku sampai? sempatkah aku melihat jenazah nenek buat kali terakhir? sempatkah aku melihat jenazah dikebumikan? entah kenapa. bermacam halangan yang kami lalui pada hari itu. sepatutnya kami sempat sampai sebelum jenazah dikebumikan jika kami tidak tersalah jalan. kami terpaksa mengikut jalan yang agak jauh, tetiba, terpaksa berhenti pula kerana ada jalan yang sedang dibaiki, ditambah pula kami tidak tahu dimana terletaknya kubur kerana arwah pernah berpesan untuk dikebumikan di kampung halaman. 


Mesti korang hairan kan kenapa aku boleh tak tahu di mana kampung halaman arwah? bukankah arwah nenek aku? ya. memang arwah nenek aku tetapi hanyalah nenek angkat aku. walaupun tiada ikatan kekeluargaan diantara kami, tetapi arwah lah yang menjaga aku sedari aku kecil, sedari aku mula melihat dunia ini. sebab itu aku dilahirkan di seremban walau hakikat sebenarnya kampungku bukanlah di sana. disebabkan mak dan abah bekerja disana ketika itu, dan disanalah juga mereka dipertemukan. begitu jugalah aku dan nenek. disanalah kami dipertemukan. mungkin inilah yang dinamakan takdir. walau tiada pertalian darah, arwah menganggap kami adik beradik sebagai cucu sendiri. memanjakan aku seperti cucu kesayangannnya. selalu menelefon bertanya khabar, bertanya bila hendak pulang berjumpa dengannya. kini, semua itu sudah tiada. paling terkilan, tidak sempat melihat perkahwinan ku.


Sesampai di tanah perkuburan.
Seperti yang dijangka. jenazah telah selamat dikebumikan. ketika kaki melangkah menuju ke pusara, talqin sedang kuat dibacakan. berdiri bulu roma aku saat itu. begitu kuat angin bertiup kencang. semakin kuat talqin dibacakan, semakin kuat angin yang bertiup. betapa tenang keadaan disekeliling, ditambah pula kawasan perkuburan yang terletak jauh di atas bukit. jujur, itulah kali pertama aku mendengar bacaan talqin secara live. belum pernah aku melihat sendiri jenazah dikebumikan. dan walau aku masih tidak berpeluang untuk melihatnya pada hari itu tetapi Alhamdulillah, aku masih berada bersama-sama disana memberikan penghormatan yang terakhir buat seseorang yang aku sayangi.


Selesai sahaja talqin dan doa dibacakan, dan sesudah orang ramai mula bergerak meninggalkan pusara, aku mula mendekatkan diri dengan pusara. saat aku duduk di hadapan pusara dan mula membacakan al-Fatihah, saat aku memegang batu nisan, saat itu jugalah air mata mulai gugur selaju-lajunya. aku tidak kisah dengan orang-orang yang berada disekeliling lagi, tidak kisah dengan perasan malu lagi. yang aku tahu, aku tidak mungkin dapat berjumpa, memegang dan mendengar lagi suara arwah selepas ini. suara yang akan memekik memanggil nama aku setiap kali aku pulang dan tiada lagi peluk cium nenek setiap kali menyambut kepulangan kami. seakan terlupa aku sedang berada di perkuburan dan seakan terlupa yang tidak baik menangis teresak-esak di depan pusara kerana itu akan menyeksa jenazah di dalam kubur. tetapi siapa yang dapat menghalang aku ketika itu? perasaan sedih yang ditahan tidak dapat dibendung lagi sehingga memaksa abah menarik aku bangun dan memeluk aku dengan erat. tapi itu masih belum cukup untuk meredakan perasaan aku ketika itu.


Sehinggalah aku dibawa ke kereta. tangisan mulai reda. semua yang berada di sana memandang aku. walau esak tangis sudah tiada tetapi air mata masih mengalir begitu laju. aku hanya mampu berdiam untuk menenangkan diri sendiri. ketika sampai di rumah arwah, aku hanya mampu melihat keadaan di sekeliling rumah. segala-galanya disitu mengingatkan aku dengan arwah. sepanjang makcik aku menceritakan kembali saat-saat terakhir arwah sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir, sepanjang itu jugalah hati aku meronta-ronta menjerit supaya makcik berhenti daripada terus bercerita. bukan aku tidak mahu mendengar tetapi aku tidak sanggup untuk mendengar. setiap perkataan yang keluar seakan-akan menghiris perasaan aku. tetapi, aku hanya mampu tersandar dan mendengar tanpa memberi sebarang respon.



Orang kata inilah dinamakan dugaan. ujian yang Dia datangkan ketika aku sedang bertungkus-lumus menyiapkan report terakhir aku. yang bakal menentukan perjalanan aku dalam mendapatkan segulung ijazah. Alhamdulillah, semuanya dapat diatasi walau ada ketikanya aku tidak dapat fokus dan agak tertekan bila hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi masa yang tinggal dan musibah seperti ini pula perlu aku lalui. Sungguh, Allah lebih mengetahui segalanya daripada kita, maka kita seharusnya redha dengan setiap apa yang telah dirancangkan.








'Terima kasih kerana menjaga aku, menyayangi aku seperti cucumu sendiri, memberikan aku sepenuh kasih sayang yang selayaknya seorang cucu harapkan dari seorang nenek. Semoga Allah membalas segala jasa dan budi baikmu menjaga aku semasa aku mula melihat dunia ini. Segala jasamu tidak sempat untuk aku balas dan hanya Dia yang akan membalasnya. Tenanglah dikau di sana. Al-Fatihah.'


Sunday, 18 December 2011

Berharap Panas Hingga ke Petang, Rupanya Hujan di Tengahari


Kau hadir tanpa dipinta
Entah kuasa apa yang telah merasuk aku
Memberi peluang kepada dirimu untuk mendekati hati aku
Peluang yang tidak pernah aku berikan kepada sesiapa pun sebelum ini
Benteng yang terlalu tegar aku bina selama ini
Berjaya diruntuhkan dengan kehadiranmu.


Kau pernah bertanya kepada aku
Apa yang diperlukan untuk mendapatkan keyakinan aku
Dan aku menjawab
Aku tidak memerlukan harta kekayaan
Jauh sekali rupa yang menawan
Hanya tiga perkara yang menjadi sandaran.


Keikhlasan... dalam mencintaiku
Kejujuran... dalam setiap yang dilafazkan
Kesungguhan... yakinkan aku bahawa aku tidak tersalah membuat pilihan.






Hari berlalu terasa indah hanya sementara
Janji yang dilafazkan dahulu terasa dusta semata-mata
Benarlah kata bidalan
Jika tidak mampu untuk mengotakan janji
Jangan pernah sesekali berani untuk berjanji
Hanya luka yang akan diberi.


Demi kau
Aku belajar untuk menurunkan keegoanku
Yang tidak pernah sama sekali aku lakukan
Untuk seorang insan yang bernama lelaki.


Demi kau
Aku sentiasa mengalah, memujuk, membuang jauh segala rasa kecil hatiku
Walau ada kalanya aku sendiri tidak memahami
Apa salah dan silapku
Dimana keterlanjuran kata-kataku
Sehingga membuat kau sering menjauh hati.


Yang aku tahu
Di dalam setiap perhubungan itu sentiasa ada pasang surutnya
Sentiasa ada badai yang akan melanda
Dan dengan berfikir sebegitu yang membuatkan aku bertahan 
Hanya itu.


Demi kau
Aku membenarkan diriku berada di dalam kesedihan
Membenarkan air mata ini gugur untuk seseorang
Yang tidak layak aku rasakan untuk ditangisi.


Aku ingin kau tahu
Betapa sedih bila mengetahui diri ini dipermainkan
Betapa sedih bila mengetahui diri ini dianggap sebagai tempat persinggahan
Betapa sedih bila mengetahui diri ini hanya diperlukan disaat kebosanan.


Aku ingin kau tahu
Tidak sepantasnya kau meragui cinta yang diberikan
Yang kau sering menguji cinta wanitanya
Yang tidak pernah mempunyai episod cinta di dalam hidupnya sebelum ini
Wanita yang berharap kau dapat menjadi yang pertama dan terakhir
Di dalam kisah cintanya.


Aku ingin kau tahu
Bukan kisah dongeng yang aku harapkan
Dimana setiap pengakhirannya adalah 'happy ending'
Yang aku harapkan
Kau dapat melihat siapa sebenarnya aku
Memahami isi hatiku
Berada disisi di kala susah mahupun senang
Bersama-sama mengharungi segala ujian yang datang daripadaNya
Dan mungkin salah aku
Salah aku... kerana meletakkan harapan yang terlalu tinggi untuk dicapai.






Ya... Aku ingin kau tahu segala-galanya
Segala yang tersirat jauh di sudut hati ini
Tapi itu semua hanya angan dan sedarku
Aku hanya mampu menjerit sekuat hati
Hanya di dalam hati... Hanya di situ.


Aku bukan wanita 
Yang mudah lemah kerana cinta
Mudah layu kerana kata-kata manis seorang lelaki
Mudah tersentuh dengan lakonan romantis seorang lelaki.


Jika aku bukan pilihanmu
Itu bukanlah pengakhirannya
Mungkin kehadiranmu adalah suatu persinggahan di dalam coretan hidupku
Kau memberikan aku pengalaman yang berharga untuk dikenang
Memberikan aku pengajaran tentang apa itu cinta
Walau tidak dapat aku rasakan sepenuhnya dengan dirimu.


Dan air mata itu gugur sekali lagi
Bukan untuk meratapi lagi perpisahan itu
Tetapi sebagai tanda kesyukuran
Kerana Dia mendengar doaku
"KAU jauhkanlah dia dari hatiku.. Dari ingatanku.. Jika benar dia bukan tercipta untukku" 







'Jika indah satu pertemuan, jangan akhiri dengan perpisahan. Jika suci satu perkenalan, jangan dicemari dengan pendustaan. Dan jika bernilai sebuah perhubungan, hargailah ia dengan keikhlasan.'





 

Template by Blogger Candy