Showing posts with label : Makan Time :. Show all posts
Showing posts with label : Makan Time :. Show all posts

Tuesday, 14 February 2012

Tinggal Tanda Tanya


Assalamualaikum.



Kalau kita sedih. kebiasaannya pasti kita akan mencari seseorang yang dekat dan boleh dipercayai untuk berkongsi cerita atau meluahkan perasaan kan? family dan sahabat. antara mereka yang rapat dan aku percaya selain Allah s.w.t. bagi korang yang mempunyai kekasih pasti termasuk sekali dalam senarai kan. but not for me :) selain tu. aku jugak suka cari coklat time time sedih nie. percaya atau tak. coklat sedikit sebanyak dapat membantu mengembalikan mood ceria aku dan kurangkan sikit stress yang sedang di alami. tak percaya? try lah :p




Tapi yang aku nak cerita nie bukan sebab sedih atau stress. tapi coklat baru keluaran Dove tu. tahu tak? aku pon tak perasan kewujudan coklat nie. sehinggalah si gorgeous Hanis Zalikha mention about that chocolate. so, nak dipendekkan cerita. masa on the way pulang ke Johor last week. aku pon nak lah beli coklat Dove tu. alang alang boleh kunyah kunyah dalam kereta. heeee. tapi sedih nak cakap lah. belek punya belek. eh, tadee pulak tanda 'halal' dekat packaging die :(







Nie lah yang aku nak ambik hari tu. nampak sedap kan? O.o




Dengan hati yang agak sedih terpaksa letak balik lah. kalau ikut otak, memang nak jee hamik. tapi ikut hati kata jangan. penyakit was was dah muncul ! haruslah ade konsep 'gharar' di situ. *sila rujuk google siapa tak tahu maksud gharar tu* dah terbiasa kot. mak selalu ajar anak anak die kalau nak beli sesuatu mesti dan wajib kene tengok ade ke tidak tanda 'halal' tu. kalau suke suki jee hamik, nanti siaplah radio terpasang 24 jam oke. *tak sanggup* :p dan bukan tu aje. tanda 'halal' tu mesti nak pulak kene ade bintang kat tepi tu. korang paham dok maksud bintang tu?






Tadaaaaa. macam nie lah :)




Mencari yang halal tu kan wajib. setiap yang kita makan tu nanti akan jadi darah daging kita. akan memberi kesan pada diri, terutama hati. tak salah kalau kita jadi orang yang agak cerewat dalam soal makan minum nie kalau ianya untuk kebaikan kan. pilihan di tangan kita dan kita yang menentukan. bukan semua barang di Malaysia nie halal untuk dimakan. kita perlu berhati hati dan bijak dalam membuat pilihan :) bukanlah aku nak mengatakan yang coklat Dove tu haram dimakan. sama sekali tidak ! tapi aku just was was jee. makanya, aku tak berani nak makan. sila rujuk pada yang lebih pakar.


Wallahu a'lam.



Wednesday, 28 December 2011

Wordless Wednesday


Assalamualaikum.


















Triple Passion
sangat sedap ! sampai tak sedar, sedut sedut dah habis :p




Tuesday, 6 December 2011

JJCM di Bagel 'N' Coffee Station




Pintu masuk



 



Dalam kedai
*agak sempit di dalam tapi masih selesa* 



 


Air apple jadi pilihan 



 


Mushroom soup for Appetizers
*sangat pekat tapi sedap*



 


main course for me
Classic New York Lox Bagel (salmon)
*siyes sedap !*



 


main course for Yana
*aku lupa nama dia tapi sedap gak. dalam bagel tu ade beef and its your choice to choose chic or beef. next time aku nak try yang nie plak* :)





yummyyyy !






Dessert for me
Apple Crumble with Vanilla Ice-cream & Caramel Sauce
*2nd choice actually but still bolee layan. first and last maybe ! terlalu manis*






Sticky Dates Pudding with Vanilla Ice-cream topped with Butterscotch

*gilaaa panjang tak hingat nama dia ! hahah. siyes nak sangat makan nie tapi dah habissss T_T aku sampai sanggup google dalam kedai tu tahu semata-mata nak cari menu nie. sebab bila waiter tu tanya, kami tak tahu nak cakap yang mana satu sebab dessert nie tadee dalam menu. trimasss pada waiter tu sebab sanggup menunggu aku search dan melayan permintaan kami. sampai bawak mobile phone aku masuk dapur semata-mata nak tanya pada chef ! hahahah. last-last habisss~







ini adalah hasil kerja seni Cik Yana !
Bila perut dah kenyang, mula lah idea sengal datang :)




Nak cuba? pergi je dekat Hartamas Shopping Centre. aku jamin korang akan keluar dengan senyuman terukir di bibir ! :) aku pon mahu datang lagi untuk Sticky Dates Puding tuuu. tapi entah bila dan siapa pula yang mahu temankan ye? heeee. anyone?




Sunday, 27 November 2011

MU vs BT


Cuti Maal Hijrah kali nie membawa aku pulang ke Kedah, kampung di sebelah mak. Kedah bukanlah satu tempat yang asing bagi diri aku, selain dari kampung halaman, aku juga dah menetap di sintok lebih kurang 2 tahun untuk meneruskan pengajian aku di sana. cuma kali nie agak berbeza sebab aku berkesempatan untuk pulang ke Bukit Meriam setelah beberapa tahun tak ke sana. semenjak rumah arwah tok wan ditinggalkan tanpa berpenghuni dan semenjak itu jugalah kami hilang arah tuju setiap kali balik ke sana. bukan apa, tak tahu nak tido kat mana. huhuhuh. nasib baik ade lagi rumah makcik dan pakcik yang masih menetap di Kedah. 


Berbalik ke cerita aku pulang ke Bukit Meriam, tak sah kalau tak singgah ke Pantai Merdeka ! itulah tempat kami berkelah setiap kali pulang ke kampung. dan menjadi aktiviti wajib oke ! tapi itu duluuu. senang cerita, kalau nak ke sana korang mesti akan lalu di hadapan rumah tok wan, memang takde jalan lain dah. kecuali lah kalau korang ikut jalan laut. heeee. so, macam biasa. lepas mandi mesti perut akan menyanyi dengan kuat mintak diisi kan? kali nie takde dah nak berkelah bagaiii. kita orang pilih Bayu Beach Cafe untuk lunch sesuai dengan konsep die, 'Makan kat hotel, bayar harga warung' ! something like that lah. 







Ha. cafe tu terletak dalam resort nie. landskap resort nie cantik gak tapi aku tak sempat pulak nak usha lebih-lebih kan pluss nak amik pic semua. sebab dah kekenyangan !






Mula-mula nak order air tembikai. dan-dan takde plak. banyak betul jus buah dalam menu tapi last-last fresh orange jeee yang tinggal. boleh tak? haihh. nasib baik sedap !






dah berderet semua order air yang samaaaaa ! hahahah.



Haaaa. cerita MU vs BT nie. bukan MU yang team bola tu tahu. aku konpius actually nak makan apa time nie. Mee Udang ke? Bihun Tomyam ke? dalam gambar dua-dua nampak sedap ! tapi yang membezakan, mee udang nie pilihan chef cafe tu. then, aku decide nak order mee udang, then mak dengan cousin aku plak order bihun tomyam.





nie bihun tomyam yang sampai dulu. 






Sedap kuah dieee ! tetibe rasa menyesal plak tak order tomyam nie kan. T_T tapi nak sedapkan hati punya pasal, aku cakap kompem mee udang die lagi sedap lah ! kata pilihan chef kan.






Bila sampai jee, aku terus cari udang ! hahahah. yelaaa, kata mee udang tapi tak nampak pon udang terapung-rapung kat atas kan? hahahah. *sengal*






sajeee nak kasi close up sikit. heeeee.





Tak puas hati gak, aku angkat sekor pon jadilah letak dekat atas. nak tangkap gambar punya pasal ! heheheh. sekali 6 ekor ada dalam tuuu. puas makan udang hari tu, besau-besau pulak tu ! tapi, the truth is, bihun tomyam lagi sedap ! T_T kuah mee udang nie cair sangat. tetibe aku teringat kenangan makan mee udang dekat Pulau Aman dulu. the BEST mee udang yang aku pernah makan !







nie lah mee udang Pulau Aman !
udang fresh dari laut tahu. 



Sekian jeee cerita makan-makan aku kat pantai merdeka nie. kalau korang berpeluang pergi sana nanti, jangan lupa singgah tau. ingat ! 'makan kat hotel, bayar harga warung'. hahahah. sampai bebila aku akan ingat ayat tu. haihh. tahun bila pulak lagi nak sampai kat sana lepas nie?




Saturday, 19 November 2011

Orang Gila Cheese Memang Macam Nieee

Pernah tak korang rasa teringin sangat nak makan sesuatu? situasi macam nie memang biasa terjadi dikalangan ibu-ibu mengandung tapi tak mustahil kadang-kadang, ada masa-masa tertentu kita yang tak mengandung nie pon mengalami keadaan yang sama. ye tak? oppsss ! aku tak pregnant ye ! kahwin apatah lagi. bhahahah.
Nie semua gara-gara pizza terbaru dari Pizza Hut tu lah. Pizza Ultimate Cheesy 7. macam mana aku tak teringin kannn, dah kata gila suka makan cheese ! heheh. tengok iklan pon dah meleleh air liur. bhahahah. mula-mula tu aku plan nak call for delivery jeee. sudahnya, ke restoran jugak aku kan. habis, kalau dah beribu kali try tapi still enggage gak line tu, nak cakap apa lagi kan? grrrr !





Tengok cheese die ! sangat tak tahan. huhuh 





untuk toppings, cheesy pepperoni jadi pilihan.
cheese lagi kan? nie dah kira ultimate 8 ! bukan 7 lagi dah. 
bhahah.





Mushroom soup yang tak berapa nak sedap seperti biasa.
tak habis walau order 1 jee. dan segala daun bagai ditabur tu kenapa? 
huhuuh.





Air jangan dilupakan. kalau dah tercekik, siapa nak tolong?
heeeee.
first time aku order iced lemon tea, selalu balik-balik pepsi je kannn.



Bila perut dah kenyang, pandai-pandai lah cari pintu keluar ye :) dan untuk kesekian kalinya, kempunan aku nak makan pizza ultimate 7 nie tercapai gak. pasni teringin makan apa pulak lah kan? eh, jangan lupa try nanti tahu ! :)




Sunday, 13 November 2011

Chocoholic


Siapa kat sini hantu coklat? jika ya ! maka, korang boleh menjadi sahabat coklat aku. heheh. aku nie memang pantang sikit jumpa coklat, mesti cepat je nak sambar dan rasa, lagi-lagi kalau benda tu free kannn. so, satu hari tu, aku ngedate sama kawan aku kat klcc. jalan punya jalan, tetibe nampak satu benda alah nie. comel ! itu ekspresi aku bila pertama kali lihat benda tu. masa tu aku tak tahu lagi ape benda alah tu kan. maklom lah, dah berabad tak round klcc tu, dengan kedai yang dah banyak berubah. jakun lah kejap.

  


comel kan?



Tetibe, kawan aku cakap. 'sedap ke ey coklat tu? kita banyak tengok kat belog orang post pasal coklat nie.' laaa, coklat ke? dalam hati je lah. huhuh. kawan aku nie pon suka juga kot makan coklat. so, kami pon beli lah 4 biji semata-mata nak hilangkan kempunan nak merasa kan. cuba teka sebiji berapa? RM3.90 kot ! nasib baiklah comel. boleh tak? hahah. ade beberapa flavour tapi kami nak try 4 jeee dulu, kira best seller lah. 







kelabu - caramel
coklat - chocolate
putih - hazelnut
pink - red velvet (strawberi)



Caramel is the best ! Red Velvet pulak manisssss nye laahaii. nampak je macam keras kan? tapi actually sangat rapuh dan lembut. konon-konon nak kerat dua pakai tangan la kan sebab nak bagi kawan aku rasa, lerai kot ! hahah. at the end, gigit sudahhh. so, next time korang jumpa jangan lupa rasa oke. tapi bagi sesape yang tak makan manis tu, aku tak suggest lah korang beli red velvet tu. huhuh. selamat mencuba ! :)




 

Template by Blogger Candy