Sunday, 27 November 2011

MU vs BT


Cuti Maal Hijrah kali nie membawa aku pulang ke Kedah, kampung di sebelah mak. Kedah bukanlah satu tempat yang asing bagi diri aku, selain dari kampung halaman, aku juga dah menetap di sintok lebih kurang 2 tahun untuk meneruskan pengajian aku di sana. cuma kali nie agak berbeza sebab aku berkesempatan untuk pulang ke Bukit Meriam setelah beberapa tahun tak ke sana. semenjak rumah arwah tok wan ditinggalkan tanpa berpenghuni dan semenjak itu jugalah kami hilang arah tuju setiap kali balik ke sana. bukan apa, tak tahu nak tido kat mana. huhuhuh. nasib baik ade lagi rumah makcik dan pakcik yang masih menetap di Kedah. 


Berbalik ke cerita aku pulang ke Bukit Meriam, tak sah kalau tak singgah ke Pantai Merdeka ! itulah tempat kami berkelah setiap kali pulang ke kampung. dan menjadi aktiviti wajib oke ! tapi itu duluuu. senang cerita, kalau nak ke sana korang mesti akan lalu di hadapan rumah tok wan, memang takde jalan lain dah. kecuali lah kalau korang ikut jalan laut. heeee. so, macam biasa. lepas mandi mesti perut akan menyanyi dengan kuat mintak diisi kan? kali nie takde dah nak berkelah bagaiii. kita orang pilih Bayu Beach Cafe untuk lunch sesuai dengan konsep die, 'Makan kat hotel, bayar harga warung' ! something like that lah. 







Ha. cafe tu terletak dalam resort nie. landskap resort nie cantik gak tapi aku tak sempat pulak nak usha lebih-lebih kan pluss nak amik pic semua. sebab dah kekenyangan !






Mula-mula nak order air tembikai. dan-dan takde plak. banyak betul jus buah dalam menu tapi last-last fresh orange jeee yang tinggal. boleh tak? haihh. nasib baik sedap !






dah berderet semua order air yang samaaaaa ! hahahah.



Haaaa. cerita MU vs BT nie. bukan MU yang team bola tu tahu. aku konpius actually nak makan apa time nie. Mee Udang ke? Bihun Tomyam ke? dalam gambar dua-dua nampak sedap ! tapi yang membezakan, mee udang nie pilihan chef cafe tu. then, aku decide nak order mee udang, then mak dengan cousin aku plak order bihun tomyam.





nie bihun tomyam yang sampai dulu. 






Sedap kuah dieee ! tetibe rasa menyesal plak tak order tomyam nie kan. T_T tapi nak sedapkan hati punya pasal, aku cakap kompem mee udang die lagi sedap lah ! kata pilihan chef kan.






Bila sampai jee, aku terus cari udang ! hahahah. yelaaa, kata mee udang tapi tak nampak pon udang terapung-rapung kat atas kan? hahahah. *sengal*






sajeee nak kasi close up sikit. heeeee.





Tak puas hati gak, aku angkat sekor pon jadilah letak dekat atas. nak tangkap gambar punya pasal ! heheheh. sekali 6 ekor ada dalam tuuu. puas makan udang hari tu, besau-besau pulak tu ! tapi, the truth is, bihun tomyam lagi sedap ! T_T kuah mee udang nie cair sangat. tetibe aku teringat kenangan makan mee udang dekat Pulau Aman dulu. the BEST mee udang yang aku pernah makan !







nie lah mee udang Pulau Aman !
udang fresh dari laut tahu. 



Sekian jeee cerita makan-makan aku kat pantai merdeka nie. kalau korang berpeluang pergi sana nanti, jangan lupa singgah tau. ingat ! 'makan kat hotel, bayar harga warung'. hahahah. sampai bebila aku akan ingat ayat tu. haihh. tahun bila pulak lagi nak sampai kat sana lepas nie?




No comments:

 

Template by Blogger Candy