Diam tak diam, hampir sebulan sudah aku deactivate kan muka buku aku. atau panggilan famous nye Facebook. huhuhuh. kalau dilihat dari statistik yang aku baca dalam akhbar berita harian hari ini, Malaysia mencatatkan angka paling tertinggi di Asia yang banyak menghabiskan masa di facebook, kalau aku tak silap. so? korang setuju tak? pendapat aku sendirilah kan, memang tak dinafikan masa aku pon banyak terbuang di situ. kadang-kadang, aku pon pelik kenapa kita semua boleh duduk mengadap facebook tu berjam-jam lamanya. betul tak? aku selalu bercakap sendiri, "eh, kalau lah aku dapat study macam lamanya aku mengadap facebook nie, mesti setiap sem aku boleh dean list!" hahaha. ini tak, asal mula bukak buku jeee dan-dan nak menguap kannn ! kalau berfb, tak tido semalaman pon tapeee. haihhh.
Hah. itu dari perspektif aku sebagai seorang pelajar. tapi, kalau pendapat aku secara personally pulak, aku rasa facebook nie lebih banyak mendatangkan keburukan dari kebaikan. tak tahu lah kan, itu just pendapat aku yang dilihat dari mata kasar. ada masanya, facebook nie boleh mencetuskan pergaduhan walaupun permulaannya hanya kerana perkara yang kecil sahaja. kadang-kadang, bila baca status yang bermacam-macam 'peel' nye membuatkan kita rasa menyampah pon ade jugak. mana taknya, benda yang sekecik-kecik dan seremeh-remeh pon nak diwar-warkan satu dunia. perlu ke? huhuhuh. eh, janganlah terasa pulak ye bagi sesiapa yang membaca statement tadi. aku just bagi contoh realiti dekat facebook sekarang nie.
Yang paling tak berapa nak best bila pasangan kekasih bergaduh. mestikah diberitahu dekat situ juga? bukan ke akan memburukkan keadaan lagi? elok-elok nak berbaik, terus putus. sebab apa? terlalu banyak kata-kata dan campurtangan dari pelbagai pihak yang lebih merumitkan keadaan. its oke, bila ada yang benar-benar ikhlas nak memberi nasihat dan membantu tetapi tak kurang juga yang cepat mengambil kesempatan dari situasi tersebut. sudah nama pon manusia, darah sama warna tapi hati tetap lain-lain kan? sukar untuk kita menduga apakah benar mereka itu ikhlas dalam setiap pertuturan yang diucapkan.
Tak kurang juga bagi mereka yang selalu online time kerja tu. sekali sekala mungkin boleh dimaafkan sebab aku pon mungkin melakukan perkara yang sama bila dah bekerja nanti kan. hahaha. tapi yang aku maksudkan nie bagi mereka yang '24 hours' terpampang page fb tu dekat pc time office hours. eh, nie datang nak berkerja ke berfb? maaflah aku cakap macam nie. tapi, korang tak rasa bersalah ke? pada bos yang dah memberi sepenuh kepercayaan kepada kita untuk membantu syarikat? gaji bulan-bulan yang diterima berbaloi tak dengan kerja dan usaha yang diberikan? kerja-kerja yang menanti tu kalau dilengah-lengahkan tak ker akan menimbun nanti? oke, mungkin ada yang kata dorang still buat kerja sambil berfb, that's oke. tapi, bagi yang tidak macam mana? sebab ini pernah terjadi dan bukan aku sesaje nak mereka cerita. bos tengok kita punya lah fokus mengadap pc sampai tak toleh kiri kanan, kadang-kadang balik lewat, ingat buat OT dan paling tak tahan sampai tak sempat nak rehat ! dalam hati bos, kitalah pekerja terbaik, kitalah pekerja berdedikasi, tapi semua tu lakonan semata-mata. kesian tak? huhuh. fikir-fikirlah.
Walau apa pon, still juga ada kebaikan di facebook nie kan? itu tak dinafikan. misalnya, kita dapat mengikuti segala perkembangan rakan-rakan, tak kurang juga dapat melepaskan kerinduan walau hanya menatap gambar-gambar dan berkomunikasi di alam maya. dan itu jugalah yang sering aku lakukan. bukan apa, nak berjumpa bukan boleh hari-hari kan. seperti zaman kita study bersama dulu, sekarang masing-masing sudah memilih haluan dan perjalanan hidup yang berlainan. facebook juga lah tempat kita berjejak kasih semula. setuju? kadang-kadang kita tak pernah terfikir pon boleh bertemu semula dengan rakan-rakan yang telah lama tidak berjumpa atau berhubung. itulah kuasa networking zaman ini. tapi setiap perkara yang terjadi itu adalah ketentuan dari Dia juga. dan percaya atau tidak? di facebook jugalah ada diantara kita yang bertemu jodoh dan seterusnya ke jinjang pelamin.
Apaaaa pon, itu semua pandangan aku. lain orang, lain pendapat dan cita rasanya kannn. tak kisahlah dalam apa jua keadaan sekalipun, kalau kita berniat baik dan bijak menilai baik buruk sesuatu perkara itu, InsyaAllah, kita akan sentiasa berada di landasan yang betul dan dilindungi-Nya. Wallahu a'lam ~
No comments:
Post a Comment