Tuesday 22 November 2011

Sebulan Pon Belum Tentu Habis

Cerita kemenangan skuad Harimau Muda memenangi emas di Sukan SEA 2011 pasti menjadi bualan hangat saat ini. di mana-mana saja, semua sedang memperkatakan tentang cerita yang tengah 'hot and spicy' nie. huhuhuh. tapi, lagi hot jika Malaysia dapat mengalahkan Syria pada perlawanan 23 November nie untuk kelayakan Sukan Olimpik 2012 !


Bila aku baca berita harian pagi nie, ade pulak cerita tak best yang dibaca. 2 penonton Indonesia maut ketika final? sebahagian dikejarkan ke hospital? seorang kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun terjatuh dan koma? seram bukan? punyalah fanatik penyokong-penyokong Indonesia nie. relaxxx sudah ! semangat untuk negara yang ditunjukkan mereka memanglah bagus tapi janganlah sampai menghina dan mencaci negara lain. bersaing secara positif dan sihat kan lagi bagus. haihh. geram tapi dalam masa yang sama kesian dengan mereka nie. tak pasal-pasal je kan insiden buruk macam nie boleh berlaku.


Sabar ya pak ! biasalah tu, adat permainan pasti ada yang menang dan kalah. sebab tu kita tak boleh over confident ! ingat tu. huhuhuh.



Harimau 'ngap' Garuda ! tajuk utama di Berita Harian hari ini. Siapa lagi garang? walau satu di darat dan satu di langit. ternyata, harimau mampu mematahkan sayap sang garuda sekaligus tidak mampu untuk terbang lebih tinggi lagi. 





Sepakan penalti yang berjaya diselamatkan oleh apek, sekaligus memberi harapan kepada team Malaysia untuk merangkul pingat emas. tidak keterlaluan jika aku katakan yang aku sangat annoying gila dengan lakonan yang cuba ditunjukkan oleh Ferdinand Sinaga. tak kiralah sejak dari perlawanan peringkat berkumpulan sehinggalah final. ada sahaja lakonan yang cuba dilakukan. grrrr !





Sepakan penalti kelima daripada kapten Malaysia, sekaligus merealisasikan impian dan harapan rakyat Malaysia untuk mempertahankan pingat emas di Sukan SEA kali ini. dan apa yang lebih penting, kemenangan ini berjaya meruntuhkan ego tuan rumah.





Detik-detik gembira yang turut dikongsi dan dirasai oleh seluruh rakyat Malaysia. termasuklah aku ! rasa macam nak jeee sama-sama melompat time tu. nasib baik boleh kawal lagi ! bhahahah.





Tahniah Harimau Muda ! 
memberi pingat emas yang ke 59 kepada negara :)



*sumber gambar dari incik Google*

No comments:

 

Template by Blogger Candy