Tuesday, 22 November 2011

3 Jam Yang Sangat Mendebarkan !!

Tahniah Malaysia !! Tahniah Harimau Muda !! tersenyum lebar aku apabila Malaysia berjaya memenangi emas di Sukan SEA kali ini. akhirnyaaaa ! serius aku cakap, sepanjang tempoh game tu aku memang tak henti-henti berdebar. kalau orang yang betul-betul lemah semangat mesti dah pengsan punya. huhuhu. korang pon mesti rasa sama dengan apa yang aku rasa kan? 3 jam oke ! setiap saat sangat mendebarkan. sampai seawal masa pertama aku terpaksa bertukar channel sementara untuk redakan getaran yang maha hebat, apatah lagi selepas Indonesia berjaya mendapatkan gol yang pertama. haihh.


Jerit tak payah cakap lah kan. mak aku siap berdoa lagi sepanjang game tu. seolah-olah ada anak dia yang sedang main atas padang tu. anak takdee tapi 'calon menantu' adalah ! bhahahah. satu game yang sangat sengit dan aku rasa kalau ditakdirkan team Malaysia kalah pon, kita kalah bermaruah. prestasi yang ditunjukkan setiap pemain aku sangat tabik. bertahan sehingga wisel ditiupkan, mengawal emosi dan tekanan daripada para penonton. itu semua bukan mudah dan hanya wira sebenar yang mampu melakukannya. dan Alhamdulillah, kemenangan milik kita jua :)


Bak kata abah, penalti nie kira nasib. dan memang dah nasib dan takdir kita untuk menang, apabila sepakan penalti terakhir yang dilakukan oleh kapten Malaysia akhirnya memberikan kemenangan kepada kita. walau pada mulanya, aku sendiri tidak menyangka sama sekali bahawa bola tersebut akan masuk ke pintu gol. huh ! menjerit lah lepas tu kannn. heeeee. walau ada beberapa insiden tak berapa best nak dilihat terutama apabila para penonton seolah-olah tidak menghormati lagu Negaraku, tapi bak kata pengulas sukan, tak payah nak hirau dan tak payah nak ambil peduli. yang penting kita MENANG !




 WIRA pada malam ini ! 
terima kasih apek kerana berjaya menjaga pintu gol negara dengan cemerlangnya.




 WIRA DI HATI !
inilah 'calon menantu' mak ! bhahahah.




WIRA SEBENAR !
wajah-wajah pemain skuad Harimau Muda yang merupakan wira bagi rakyat Malaysia. 
terharu sangat tengok semangat dan kekentalan dorang sepanjang game.




TAHNIAH sekali lagi skuad Harimau Muda !!




No comments:

 

Template by Blogger Candy