Dekat bawah nie ada beberapa gambar yang aku nak share dengan korang. kira untuk tontonan umum, sesuai dilihat oleh semua lapisan masyarakat. heeeee. gambar nie semua aku yang capture sendiri dan boleh dikatakan the most favorite picture all of time dalam simpanan aku. kenapa? sebab aku suka pada ketenangan yang dapat dilihat setiap kali aku tatap gambar-gambar tu. adakah korang pon rasa apa yang aku rasa? huhuhu.
Masa di Sarawak
aku nak korang fokus kan pada awan tau.
cantik kan? :)
Masa di Teluk Kemang, PD
serious ! aku suka sangat waktu senja di laut.
siapa yang tak suka kan?
*i wish i could be there again someday*
Masa di Thailand
Masa nie aku ada pada ketinggian berapa entah dari aras laut. atas bukit la tapi. tak ingat dah la, masa tourist guide tu explain aku tengah bercakap.
hahahah.
sangat tinggi !
walau aku sememangnya seorang yang gayat tapi aku gagahkan jugak naik ke atas. cewahhh ! padahal, semua dah naik tak kan nak tinggal sesorang kat bawah kan? :p
tempat yang paling tinggi tu lah tempat yang paling cantik kan sebenarnya? sebab kita boleh tengok seluruh view dekat songkhla nie.
Masa di Penang
seperti mainan jeee kapal layar tu
cantik sangat air laut dia !
siapa kata Malaysia takde tempat-tempat bercuti yang cantik dan best? huhuhuh.
sayang gilaaa aku tak pandai berenang. kalau tak dah lama terjun dalam tu siap buat renang berirama lagi ! hahahah.
Masa di Pulau Aman
pulau yang sangat unik bagi aku. tak tahu pon kewujudan pulau nie. hanya selepas tengok cerita seribu kali cinta jeee baru nak tercari-cari. Alhamdulillah, sampai juge kat sini.
kuat tak penangan cerita tu? heheheh.
Masa di Pantai Merdeka
sangat suka aku dengan gambar nie. mula-mula just capture jeee sambil jalan-jalan tu.
again. fokuskan pada awan itu.
nie lah awan nano ! :p
sepanjang stay kat pantai tu, nie jeee lah keje aku. amik gambar awan nano ! habiss, dah cantik sangat, jangan salahkan camera anda :)
nie salah satu gambar yang tak menjadi. geram aku sekejap ! punyalah nak tertonggeng-tonggeng aku capture, last-last tak menjadi gak. haihh. next time kena try lagiiii.
tetiba jumpa anak ikan kannn. eh, belum mati lagi tau, saje nak suruh dia berjemur kejap !
hehehe. *kidding*
Masa di sawah padi
rumah belakang sawah tapi tak pernah masuk sawah, apa kes? huhuhuh. nie semua gara-gara takut lintah, pacat, kadang-kadang ada ular air. betul ke? tapi, yang penting dapat tengok view yang cantik macam nie pon dah cukup kan.
paling penting, dapat berposing dekat bendang ! :)
Masa di Putrajaya
semua orang tahu aku rasa yang putrajaya adalah salah satu tempat yang best untuk korang buat sesi photoshoot kan? gambar nie walau tak cantik dan menjadi 'model-model pelbagai size' tu berposing, tapi serious aku sangat suka dengan view die. apa lagi kalau bukan effect dari awan nano tu kan :)
Cantik kan ciptaan Yang Maha Esa. lagi cantik kalau setiap daripada kita dapat melihat kecantikan itu dari pandangan mata hati kita. dunia nie akan tampak lebih indah dan lidah juga tidak lekang dari menuturkan tanda kesyukuran terhadap semua ciptaan-Nya. tidak kiralah pada benda yang bernyawa ataupun tidak. manusia, haiwan atau tumbuh-tumbuhan itu sendiri. sama-samalah kita fikirkan.
No comments:
Post a Comment