Wednesday, 30 November 2011

Antara Kawan dan Kekasih. Pilihan Anda?

Kalau bagi wanita, kekasih sentiasa di dahulukan. bagi lelaki pula, kawan menjadi keutamaan. betul ke? tapi tak semua lah. ini berdasarkan pemerhatian aku dengan orang-orang yang terdekat dengan aku. sama ada sedar atau tidak tapi itulah hakikatnya. aku selalu mendengar rungutan kawan-kawan wanita aku yang kadang-kadang tidak begitu berpuas hati terhadap pasangan mereka yang sentiasa melebihkan kawan sendiri dari mereka. dan bagi situasi aku pula, aku juga ada masanya tidak begitu senang dengan perangai mereka sendiri yang selalu melebihkan masa dengan kekasih. dah jadi lumrah agaknya, wanita jika menyayangi seseorang itu, lebih senang untuk menghabiskan masa berdua sahaja.






kadang, riak di wajah kita tidak selalu menggambarkan apa yang sedang dirasai oleh hati





Mungkin jika aku berkata begini, ada yang menganggap yang aku cemburu dan sebagainya. terkadang, apa yang kita cuba nak sampaikan selalu disalah ertikan oleh sesetengah pihak. berdiam adalah yang terbaik untuk situasi sebegini. betul tak? jika mempunyai masalah, stress, down, kesedihan, selalu dikongsi bersama. itu dulu. bila sudah mendapat teman baru untuk menggantikan semua itu, jangan kan khabar berita, berjumpa apatah lagi. tapi, jika kita melihat teman kita gembira dengan kebahagiaan yang dikecapi, haruskah kita menjadi batu penghalang? semestinya tidak. maka, biarlah kita mendoakan yang terbaik sahaja untuk mereka.
 


Bagi aku, seandainya aku berada di dalam situasi seperti ini. Kawan adalah pilihan ku. bukan beerti aku menidakkan kehadiran teman istimewa disisi tapi kami belum mempunyai ikatan yang sah dan belum tentu dia yang ditakdirkan untuk menjadi teman susah dan senang aku sehingga ke akhir hayat nanti. kerana bagi aku, masa sebelum berkahwin ini lah untuk aku meluangkan lebih banyak masa bersama teman-teman dan jika suatu masa nanti tiba untuk aku berkahwin, akan aku luangkan seluruh masa aku untuk suami dan keluarga yang tercinta :) 



Adil lah tu kannn? tapi takde lah sampai aku tak mahu berjumpa langsung dengan kawan-kawan yang lain, cuma mungkin tidak lah sekerap seperti sebelumnya. kerana kita sudah terikat pada satu tanggungjawab yang lain kan. 'kawan selamanya', itulah prinsip aku. walau apa jua keadaan skalipun, hargailah mereka yang sentiasa berada di sisi kita. jangan sehingga saat kita tersedar betapa pentingnya mereka di dalam hidup kita, semua itu sudah tiada gunanya lagi. masa itu tidak mungkin diputar kembali lagi. setiap saat adalah berharga untuk dihargai dan diingati.





No comments:

 

Template by Blogger Candy