Showing posts with label : Kerja Kerja Kerja :. Show all posts
Showing posts with label : Kerja Kerja Kerja :. Show all posts

Sunday, 8 April 2012

It's a new life.. It's a new day


Assalamualaikum.






Motif aku letak pic si tikus kat atas tu? aku pon konpius ! maybe disebabkan kecomelan die kot :p *abaikan* Hai guys ! lame gila tak update ini belog. just wanna say hi and update my new stories here. Honestly, aku telah 'menganak tirikan' laptop aku sejak sebulan yang dah berlalu nie. kalau dulu, laptop, online dan twitter adalah dunia ku dan kalau sehari tak buat 3 benda nie memang kira tak lengkap lah kehidupan seharian aku kannn. tapi, itu dulu.



Sekarang, nak pegang lappy pon rasa malas, apatah lagi nak on kan. yelah, kalau dah 9 jam ko bekerja kene hadap pc, non-stop pulak tu. tak ke naik juling mata? nie pulak nak sambung lagi dekat rumah? haruslah tak kan. macam hari nie, aku gagahkan diri juga nak update belog nie ;) terlebih makan viramin M agaknya !



Hari hari ku lebih terisi sekarang nie. Alhamdulillah. walau permulaan yang agak slow dan masih tidak berapa jelas arah tuju selepas ini tapi hanya syukur yang mampu diucapkan saat ini. mungkin apa yang menanti di masa hadapan masih kabur tapi aku percaya dengan jalan yang telah dipilih ini. atleast, i'm doing something now. and hopefully, it's gonna be much better. just believe and pray.




Semakin menyukai kerja baru ku ini. walau pada permulaannya sangat stress sebab kene hadap nombor. I hate numbers ! *honestly*



Saturday, 4 February 2012

Pengalaman Ke Dua.... Much Better


Assalamualaikum.


Alhamdulillah. selesai juga intebiu aku untuk kali ke dua semalam. 2-3 hari sebelum intebiu tu, seriuosly memang tersangat lah takut, cuak, gerun dan segala macam lah yang di rasa. gara gara fobia dengan kes first intebiu aku. masih ingat? :p tapi tak boleh senang hati sangat sebab semalam baru first stage. kalau ditakdirkan ade rezeki, InsyaAllah. aku akan dipanggil untuk sesi intebiu yang kedua. bila? Wallahu a'lam. sama sama lah kita tunggu ye.



Mesti korang tertanya tanya kan. keje ape pulak yang aku dapat kali nie? honestly. aku tadee pon apply untuk job nie. tetibe dapat call dari kementerian pelajaran. katanya lah. aku pon dah excited bagai sebab ingat die nak offer keje kat sana. *berangan tinggi* tetibe job untuk Astro. what? mula mula agak terkejut jugak lah. sebab? believe it or not. aku sememangnya teringin dan terimpi impi untuk bekerja dengan Astro. tak kisah lah jawatan ape pon kan. don't ask me why. I have no answer for that.



Teringat masa aku pergi Karnival Kerjaya BN dekat PWTC november lepas. dalam banyak banyak booth yang ade kat sana, Astro juge yang dicari. malangnya tadeee. sampai kawan aku tanya semalam. 'awak ade berdoa nak dapat keje kat Astro ke?' aku agak pelik dengan pertanyaan die sebenarnya. then, baru paham. 'tadee lah sampai macam tu sekali. berdoa mintak permudahkan dapat kerja tu ade lah tapi tadee mention Astro pon' :p rupanya baru aku teringat. aku pergi karnival dulu dengan kawan aku nie haaa. padan lah die tahu cerita aku dengan Astro kan :)




 Oke. back to our intebiu story. kalau ade test masa intebiu tu bukan perkara yang luar biasa lah kan. tapi kali nie, yang jadi luar biasa sebab aku menghabiskan masa selama 3 jam lebih untuk siapkan semua soalan tahu tak? mahu tak penat tangan menulis? ade esei BM, BI, maths, psychology test, grammar. eh, kalau final exam pon tak pernah lebih dari 3 jam tahu? paling lame pon cukup cukup 3 jam. aduhaiii. dan bukan aku sorang. semua yang ade kat situ pon sama. paling best. ade sesi tiru meniru, siap bincang jawapan yang tak tahu. siap guna calculator. siap sms kawan suruh cari maksud dalam kamus. sangat kelakar ! woiit. nie test intebiu ke memain nie? hahah. seriously. having fun sangat ! no stress at all !




Yang paling best jugak. tengah jawab test tu. tetibe je instructor nie masuk. a guy. handsome guy actually ! heheh. *cuci mata sikijap* boleh pulak bagi briefing pasal job tu kan. cakap punya cakap. bila habis, die suruh kitaorang sambung balik jawab test. layannn. then, bila dah pukul lima macam tu. die pon start sesi intebiu. sorang demi sorang. dan sangat sekejap oke. dalam 5 minit je camtu. just want to see how far we can speak in english of course. baru lah aku paham bila dia kata nie baru 1st intebiu. second intebiu pulak dengan orang Astro sendiri bila kau dah lepas yg first punya. oke. itu baru tak fun and must be stress right?




Dalam pukul 5.30 baru aku keluar dari tempat intebiu tu. tadee lah bertembung dengan orang balik keje kannn. depan KLCC pulak tu. boleh bayangkan tak betapa jammed nye jalan kat situ? and of course I'm stuck already ! perut pulak bergendang kuat. dan dan baru teringat yang aku sempat jamah satu roti je pagi tu sebelum keluar rumah. adehhh. as usual. siapa yang berselera bila ade intebiu kan? dah lepas semua baru ko akan terasa macam macam. lapar lah. nak terkencing lah. nak apalah. dan dan je kannn. dua jam oke stuck. saboooo jelaaaah.






.Strawberry Tower.

sangat crunchy bila cornflakes di makan dengan ice cream. slurrppp !




Itu serba sedikit cerita pengalaman ke dua aku. and of course much better than the previous one. Alhamdulillah. cuma part test tu jee lah tak boleh nak terima sangat. heheh. kalau ade rezeki, ade lah kan. tak boleh nak letak segunung harapan. nanti punah, diri sendiri yang keciwa. atleast di panggil untuk merasa job under Astro tu pon dah macam mimpi jadi kenyataan. dapat ke tak, belakang kira. terasa macam sebenarnya Allah tu mendengar setiap keinginan kita. cuma kita jee tak tahu :')




Untuk intebiu yang seterus dan seterusnya pula. semestinya aku berharap lebih baik dari yang sekarang kan. dengan adanya pengalaman itulah yang mengajar kita sebenarnya. dan aku akan terus dan terus mencari sehingga mendapat pekerjaan. I'm a job hunter ! :)



InsyaAllah.


Tuesday, 10 January 2012

Pengalaman Pertama Memang Menakutkan !


Assalamualaikum.



Menakutkan ! itu yang dapat aku gambarkan situasi pertama intebiu aku semalam. Tak cukup information pasal job tu satu hal and I know it was my mistake. Tak prepare kannn. Tapi last minute dapat tahu. Aku just fikir saje nak cari experience lagi lagi aku tak pernah pegi intebiu. Dan aku tak jangka yang its gonna be a tough session oke ! I mean, compare to my friend yang ada experience pasal job tu, aku lah yang paling worst. I think :p ouh ya ! lupe nak mention yang ini adalah customer service punya job. 



Honestly, aku tak kisah nak keje ape sekarang nie, lagi lagi terlalu banyak persaingan di luar sana kan? especially fresh graduate with no experience like me. Just imagine yang aku diintebiu selama hampir 15-20 minit. Kawan kawan yang lain sekejap je. Ade tu tak sampai 10 minit oke. What to say? ini tidak adil ! banyak sangat soalan dan ada masanya sampai aku rasa yang aku dah mati akal. Soalan yang tak logik pon nak tanya ke? Duhhh.





Sedih gilerr bila soalan diberikan macam tembakan yang tak henti henti.
Giler psycho  -___-




Andaikan saya customer yang nak beli rumah, macam mana awak nak explain kat saya tentang housing loan?

*gilerrr ! itu dah 3 years aku tinggalkan tahu. Mane nak ingat. Hari nie, saya datang sebab nak job customer service tu. Bukan nak buat housing loan. Grrrrr !


Kenapa awak nak job nie sedangkan awak punye background business admin?

*serious ! aku tak expect dia nak tanya soalan macam nie. Dushhh. Bila dah gemuruh, lidah kelu, idea pulak macam dah tersekat pluss ada 2 pasang mata yang tengah tenung tajam tepat ke arah aku sambil menunggu jawapan. Gilerrr tak cuak? kira bagus tau aku tak memilih kerja :p


Nie bukan kerja senang. Ramai yang tak tahan masa training. Ada yang cabut tanpa tinggal notis pon. Sangat stress, awak akan berjumpa dengan senior senior atasan. Satu hari berpuluh puluh call kene attend, ada yang cecah ratus ratus. Awak rasa awak layak?

*yang pergi compare aku dengan ‘orang’ yang cabut tanpa notis tu kenapa? Haihhh. Nak je cakap macam tu kan. Tapi orang kata, berfikir memang mudah masa tu tapi nak lontarkan terasa seperti ada batu yang tersekat dekat kerongkong tu. nak je aku tanya dia balik. ade ke keje yang tak susah? belajar pon susah tau. huhuh.




And speaking all the time tanpa ada 1 words malay pon boleh terkeluar. Itu juge 1 masalah. I know my English tak superb oke. But I have the confidence to speak. Cume bila kita berhadapan dengan orang yang lebih hebat speakingnya dan all the time macam nak kenakan kita je, siapa yang tak terkedu kan? Again. This is my first interview. What to say? Just say HAHAHAH. 






Lepas je keluar dari bilik intebiu, lega yang amat ! 
selega macam baru habis jawab paper finale ! :p



Masa isi form tu pulak kan. ade lah satu esei yang perlu dikarang. tapi aku tengok kat depan untu sesiapa yang dah ada bekerja je. so, dengan jahatnya aku pon ketawakan lah kawan kawan yang lain sebab dorang kene buat esei. hahah. dan dengan bangganya aku orang first di antara mereka yang bangun untuk submit form tadi ke kaunter before dipanggil intebiu. dan dengan bangganya aku pon bertanyalah dekat kakak yang kat kaunter tu.


Kak, yang ini untuk sesiapa yang dah bekerja je kan? *sambil tunjuk kertas esei tadi*

A'ah.

Kiranya saya tak perlu isilah sebab saya fresh graduate. *senyum kambing*

Eh, adik fresh graduate ke? jap jap, kita ade satu lagi form untuk fresh graduate.

Haaa? aduhhh. Terima kasih..... *senyum kelat. menyesal aku cakap. paling benci buat esei ! haihhh.



Aku pon tak lah mengharap sangat kan. Aku just nak rasa macam mana intebiu tu je. Selagi ade peluang kita pergi kan? Tak kisahlah dekat mana mana pon. Yang penting, positif ! mungkin akan lebih baik untuk yang ke dua. Siapa tahu? We learn from mistakes right? dan untuk menghilangkan ketensionan intebiu tadi. aku pon laju je berjalan masuk ke Sogo ! hahah. buat apa? cuci mata laaa. sempatlah rembat selai baju. pastu berjalan pulang dengan penuh senyuman terukir. puas !




*agak agak kalau saya tak dapat keje nie kan, boleh tak saya nak mintak balik gambar pasport tu. mahal tau :p



 

Template by Blogger Candy