Saturday, 4 February 2012

Pengalaman Ke Dua.... Much Better


Assalamualaikum.


Alhamdulillah. selesai juga intebiu aku untuk kali ke dua semalam. 2-3 hari sebelum intebiu tu, seriuosly memang tersangat lah takut, cuak, gerun dan segala macam lah yang di rasa. gara gara fobia dengan kes first intebiu aku. masih ingat? :p tapi tak boleh senang hati sangat sebab semalam baru first stage. kalau ditakdirkan ade rezeki, InsyaAllah. aku akan dipanggil untuk sesi intebiu yang kedua. bila? Wallahu a'lam. sama sama lah kita tunggu ye.



Mesti korang tertanya tanya kan. keje ape pulak yang aku dapat kali nie? honestly. aku tadee pon apply untuk job nie. tetibe dapat call dari kementerian pelajaran. katanya lah. aku pon dah excited bagai sebab ingat die nak offer keje kat sana. *berangan tinggi* tetibe job untuk Astro. what? mula mula agak terkejut jugak lah. sebab? believe it or not. aku sememangnya teringin dan terimpi impi untuk bekerja dengan Astro. tak kisah lah jawatan ape pon kan. don't ask me why. I have no answer for that.



Teringat masa aku pergi Karnival Kerjaya BN dekat PWTC november lepas. dalam banyak banyak booth yang ade kat sana, Astro juge yang dicari. malangnya tadeee. sampai kawan aku tanya semalam. 'awak ade berdoa nak dapat keje kat Astro ke?' aku agak pelik dengan pertanyaan die sebenarnya. then, baru paham. 'tadee lah sampai macam tu sekali. berdoa mintak permudahkan dapat kerja tu ade lah tapi tadee mention Astro pon' :p rupanya baru aku teringat. aku pergi karnival dulu dengan kawan aku nie haaa. padan lah die tahu cerita aku dengan Astro kan :)




 Oke. back to our intebiu story. kalau ade test masa intebiu tu bukan perkara yang luar biasa lah kan. tapi kali nie, yang jadi luar biasa sebab aku menghabiskan masa selama 3 jam lebih untuk siapkan semua soalan tahu tak? mahu tak penat tangan menulis? ade esei BM, BI, maths, psychology test, grammar. eh, kalau final exam pon tak pernah lebih dari 3 jam tahu? paling lame pon cukup cukup 3 jam. aduhaiii. dan bukan aku sorang. semua yang ade kat situ pon sama. paling best. ade sesi tiru meniru, siap bincang jawapan yang tak tahu. siap guna calculator. siap sms kawan suruh cari maksud dalam kamus. sangat kelakar ! woiit. nie test intebiu ke memain nie? hahah. seriously. having fun sangat ! no stress at all !




Yang paling best jugak. tengah jawab test tu. tetibe je instructor nie masuk. a guy. handsome guy actually ! heheh. *cuci mata sikijap* boleh pulak bagi briefing pasal job tu kan. cakap punya cakap. bila habis, die suruh kitaorang sambung balik jawab test. layannn. then, bila dah pukul lima macam tu. die pon start sesi intebiu. sorang demi sorang. dan sangat sekejap oke. dalam 5 minit je camtu. just want to see how far we can speak in english of course. baru lah aku paham bila dia kata nie baru 1st intebiu. second intebiu pulak dengan orang Astro sendiri bila kau dah lepas yg first punya. oke. itu baru tak fun and must be stress right?




Dalam pukul 5.30 baru aku keluar dari tempat intebiu tu. tadee lah bertembung dengan orang balik keje kannn. depan KLCC pulak tu. boleh bayangkan tak betapa jammed nye jalan kat situ? and of course I'm stuck already ! perut pulak bergendang kuat. dan dan baru teringat yang aku sempat jamah satu roti je pagi tu sebelum keluar rumah. adehhh. as usual. siapa yang berselera bila ade intebiu kan? dah lepas semua baru ko akan terasa macam macam. lapar lah. nak terkencing lah. nak apalah. dan dan je kannn. dua jam oke stuck. saboooo jelaaaah.






.Strawberry Tower.

sangat crunchy bila cornflakes di makan dengan ice cream. slurrppp !




Itu serba sedikit cerita pengalaman ke dua aku. and of course much better than the previous one. Alhamdulillah. cuma part test tu jee lah tak boleh nak terima sangat. heheh. kalau ade rezeki, ade lah kan. tak boleh nak letak segunung harapan. nanti punah, diri sendiri yang keciwa. atleast di panggil untuk merasa job under Astro tu pon dah macam mimpi jadi kenyataan. dapat ke tak, belakang kira. terasa macam sebenarnya Allah tu mendengar setiap keinginan kita. cuma kita jee tak tahu :')




Untuk intebiu yang seterus dan seterusnya pula. semestinya aku berharap lebih baik dari yang sekarang kan. dengan adanya pengalaman itulah yang mengajar kita sebenarnya. dan aku akan terus dan terus mencari sehingga mendapat pekerjaan. I'm a job hunter ! :)



InsyaAllah.


No comments:

 

Template by Blogger Candy