Sunday, 5 February 2012

Rindu Pada Mu


Assalamualaikum.






Salam Maulidur Rasul buat semua sahabat yang sudi membaca belog saya ini :) Mendengar ceramah ceramah di tb sepanjang minggu ini dan minggu lepas terutamanya rancangan 30 minit bersama Ustaz Don yang menceritakan kembali detik detik rasulullah SAW dilahirkan. cinta baginda terhadap umatnya. dugaan dan rintangan yang dihadapi dalam memperjuangkan agama Allah iaitu Islam. membuatkan aku tersedar seketika dari mimpi yang cukup panjang. betapa jauhnya aku telah hampir melupakan segala kisah kisah Nabi Muhammad SAW itu selama ini. seolah mengimbau kembali saat saat di mana aku berada di sekolah agama satu ketika dahulu. oh ! sangat rindu masa itu. 




Betul lah apa yang sering di dengar. manusia sememangnya sering lupa. hanyut dengan keseronokan duniawi semata mata. manusia sering perlu diingatkan tentang asal usulnya. agar mereka tidak terus hanyut dibuai mimpi. begitu juga aku, kamu dan semuanya. saling ingat mengingati dan tegur menegur ke arah kebaikan. itu yang diperlukan sesama kita. jika aku lupa. jika aku terpesong jauh. dan jika aku sudah lalai dengan kehidupan yang sementara ini. maka, kau bantu lah aku. kejutkan aku dari tidur yang panjang ini. hanya itu yang aku harapkan dari kau, wahai sahabat ku :')






 


Tiada sehari yang berlalu
Tanpa ku mengingati Mu
Rindu pada Mu
Sentiasa mendambakan
Kasih dan sayang Mu....



Semalam aku bermimpi
Dalam hujan aku berlari
Berlari mencari
Memangil-manggil nama Mu
Nama Mu yang sempurna....



Aku berharap dan aku berdoa
Semoga dapat bersua dengan Mu....



Tiada kata yang dapat aku gambarkan
Perasaan yang aku alami
Cinta ku ini tiada berbelah bagi
Cinta yang suci dan abadi....



Apakah aku diterima
Atau Kau akan membiarkan saja
Kerana aku berdosa
Jangan biarkan aku terhina
Aku merayu pada Mu....



Rindu ku pada Mu.... Ya Rasulullah


No comments:

 

Template by Blogger Candy