Assalamualaikum.
Kalau kita sedih. kebiasaannya pasti kita akan mencari seseorang yang dekat dan boleh dipercayai untuk berkongsi cerita atau meluahkan perasaan kan? family dan sahabat. antara mereka yang rapat dan aku percaya selain Allah s.w.t. bagi korang yang mempunyai kekasih pasti termasuk sekali dalam senarai kan. but not for me :) selain tu. aku jugak suka cari coklat time time sedih nie. percaya atau tak. coklat sedikit sebanyak dapat membantu mengembalikan mood ceria aku dan kurangkan sikit stress yang sedang di alami. tak percaya? try lah :p
Tapi yang aku nak cerita nie bukan sebab sedih atau stress. tapi coklat baru keluaran Dove tu. tahu tak? aku pon tak perasan kewujudan coklat nie. sehinggalah si gorgeous Hanis Zalikha mention about that chocolate. so, nak dipendekkan cerita. masa on the way pulang ke Johor last week. aku pon nak lah beli coklat Dove tu. alang alang boleh kunyah kunyah dalam kereta. heeee. tapi sedih nak cakap lah. belek punya belek. eh, tadee pulak tanda 'halal' dekat packaging die :(
Nie lah yang aku nak ambik hari tu. nampak sedap kan? O.o
Dengan hati yang agak sedih terpaksa letak balik lah. kalau ikut otak, memang nak jee hamik. tapi ikut hati kata jangan. penyakit was was dah muncul ! haruslah ade konsep 'gharar' di situ. *sila rujuk google siapa tak tahu maksud gharar tu* dah terbiasa kot. mak selalu ajar anak anak die kalau nak beli sesuatu mesti dan wajib kene tengok ade ke tidak tanda 'halal' tu. kalau suke suki jee hamik, nanti siaplah radio terpasang 24 jam oke. *tak sanggup* :p dan bukan tu aje. tanda 'halal' tu mesti nak pulak kene ade bintang kat tepi tu. korang paham dok maksud bintang tu?
Tadaaaaa. macam nie lah :)
Mencari yang halal tu kan wajib. setiap yang kita makan tu nanti akan jadi darah daging kita. akan memberi kesan pada diri, terutama hati. tak salah kalau kita jadi orang yang agak cerewat dalam soal makan minum nie kalau ianya untuk kebaikan kan. pilihan di tangan kita dan kita yang menentukan. bukan semua barang di Malaysia nie halal untuk dimakan. kita perlu berhati hati dan bijak dalam membuat pilihan :) bukanlah aku nak mengatakan yang coklat Dove tu haram dimakan. sama sekali tidak ! tapi aku just was was jee. makanya, aku tak berani nak makan. sila rujuk pada yang lebih pakar.
Wallahu a'lam.
No comments:
Post a Comment