Monday, 5 December 2011

Aku Pohon KepadaMu Kesabaran




 



Bila aku menadah tangan 
Meminta kepada ALLAH 
Supaya memberikan aku lebih kesabaran 
Dalam menempuhi setiap ujian yang diberi-Nya


Aku tertanya-tanya
Adakah Dia mendengar doaKu?
Adakah Dia menerima doaKu?
Adakah doaKu sedang dikabulkan?


Tetapi sebagai manusia biasa
Yang banyak kelemahan
Kita sering lupa
Bahawa ALLAH itu
Maha Pengasih lagi Penyayang
Maha Mendengar
Maha Mengetahui


Kita minta diberikan kesabaran
Dia datangkan lebih banyak ujian
Untuk apa?
Bukan untuk melemahkan kita
Tetapi menjawab kepada permintaan kita
Supaya lebih bersabar


Sedar atau tidak
Semakin banyak ujian yang diberikan
Semakin tinggi tahap kesabaran yang diperlukan
Di situlah kita akan menemui kesabaran yang di pohon


Sabar.. sabar.. dan bersabarlah
Satu nasihat yang sering diberikan
Tatkala diri kita ditimpa musibah
Kerana sabar itu juga
Sebahagian daripada iman
 Dan Dia juga menyukai orang-orang yang bersabar


Saat kita kehilangan kesabaran
Saat kita diuji hebat
Saat kita merasakan bahawa dunia ini terlalu kejam
Untuk di diami


Ingatlah !
Ujian yang diterima oleh kita ini
Belum dapat menandingi segala kesengsaraan yang dilalui oleh Rasulullah s.a.w
Yang masih sudi memaafkan 
Mereka yang sudah menyakiti baginda
Dan sentiasa percaya kepada keadilan ALLAH


Dia sentiasa bersama kita
Tak pernah sesekali meninggalkan kita
Laksanakanlah segala perintahNya
Dan jauhilah segala laranganNya
InsyaAllah
Kehidupan sentiasa diberkatiNya



Wallahu a'lam~





No comments:

 

Template by Blogger Candy