Thursday, 1 December 2011

Kau Menangis dan Aku Pula Terharu

Semua wanita pasti terharu jika mendapat kejutan yang amat bermakna dari pasangan mereka bukan? seriously, aku sangat cemburu dengan sheera kerana mendapat kejutan yang sangat romantis dari suami tercinta, Zahiril :) puisi yang ditulis sendiri oleh Zahiril begitu menyentuh hati perempuan aku, apatah lagi si isteri sehingga menitis air mata beliau.






credit to hafizatan.net 



Aku pasti punya masalah tiap kali ingin menulis puisi buatmu
Entah kenapa
kuasa cintamu lebih hebat dari kata-kata yang akan terkeluarkan
Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu
Dan hari ini 
kau menjadi isteriku


Ampunkan aku 
kalau aku pernah berkasar
Ampunkan aku 
kalau aku pernah mengherdik
Ampunkan aku 
kalau aku pernah menjerit
Ampunkan aku 
kalau aku pernah terpekik, melolong
Isteriku, 
percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta


Akan ku jaga kau 
seperti ku jaga diriku sendiri
Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan
Bahaya, ancaman di mana-mana


Tapi selagi kau dalam dakapanku
Aku berjanji akan menjagamu
Setiap saat dan waktu
Setiap siang dan malam
Setiap guruh dan hujan
Setiap panas dan terik
Setiap nafasku


Aku sering menadah telapak tangan
Dan memohon pada Tuhan
Agar kau
bukan sahaja kau menjadi isteriku
Tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala


Isteriku
Selamat datang ke hidupku
Selamat menjadi isteriku
Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak
Selamat menjadi menantu ibu bapaku
Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku
Selamat menjadi keluargaku


Selamat menjadi pelengkap hidupku
Selamat menjadi separuh dari aku~






so sweettttt :)

semoga cinta mereka kekal sehingga ke syurga





1 comment:

zeera said...

oh..so sweeeet juga!

 

Template by Blogger Candy