Wednesday, 14 December 2011

Malam Yang Sangat Beremosi


Kononnya tadi sangat bersemangat nak tulis entry pasal MasterChef. tapi, terbantut pula bila kawan aku tetiba memberi khabar yang kurang sedap untuk didengar. berdiri bulu roma aku saat membaca setiap satu perkataan yang ditulis. hampir menangis setiap kali aku membayangkan keadaan mereka di sana. dan sememangnya air mata itu tumpah jua.



 



Hati wanita yang rapuh seperti aku, masakan boleh tahan apabila mendapat tahu orang yang disayangi berada di dalam keadaan yang tidak begitu baik. rindu pada mereka hanya Dia sahaja yang tahu. hampir 3 bulan tidak berhubung, dan tiada sesaat pun aku melupakan mereka di sana. cuma, masing-masing mempunyai hala tuju yang sudah berbeza sekarang.


Mereka bagaikan kakak, abang dan juga kawan kepada diri ku. menganggap aku sebagai adik, besar ertinya buat diriku yang tiada pertalian langsung dengan mereka. perkenalan yang sesingkat cuma tidak membataskan kami untuk mencipta satu perhubungan yang cukup indah aku rasakan. bagi aku, setiap mereka yang pernah hadir di dalam hidup ini adalah mereka yang tidak akan aku lupai buat sepanjang hidup ini. 


Mereka hadir bagi mewarnai lagi kehidupan ku. walau pahit itu sentiasa ada di dalam setiap cerita yang kami lakarkan, tetapi, pasti terpalit jua kemanisan itu walau hanya sedikit sahaja. "Ya Allah, walau apa jua keadaan mereka di sana, lindungilah setiap daripada mereka dari perkara-perkara yang tidak diingini." hanya ini yang termampu aku lakukan supaya mereka sentiasa dilindungi-Nya. Amin.




No comments:

 

Template by Blogger Candy