Assalamualaikum.
"Kadang kadang Allah hilangkan sekejap matahari, lalu Dia datangkan guruh dan kilat. Puas kita menangis. Menunggu dan mencari ke mana hilangnya matahari itu. Rupa rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah"
Mutiara kata di atas mungkin tidak asing lagi dalam kamus hidup kita bukan? aku mengaku. setiap kali diri ini diuji dan berada di dalam kesedihan, jika kita membaca kata kata semangat seperti di atas contohnya. hati sedikit sebanyak akan berasa tenang. aku juga sentiasa berpegang bahawa ujian yang diturunkan itu bukan sengaja diberikan oleh Dia tanpa sebab. semuanya bersebab dan sudah tertulis. pasti ada hikmah disebaliknya. dan aku juga sentiasa percaya bahawa jika kita diuji itu beerti kita disayangi. Dia mahu kita dekat kepada Nya. Dia mahu menghapuskan dosa dosa kita. Dia mahu kita sentiasa mengingati Nya setiap saat. setiap detik. tanpa henti.
January. sepatutnya menjadi bulan kegembiraan ku. bulan yang penuh dengan tawa riang aku. bukan january yang penuh dengan air mata aku. tapi kalau sudah itu yang tertulis, aku perlu redha seredhanya. tidak seharusnya sedikit pun untuk aku mengeluh. mempertikaikan kenapa, mengapa dan bagaimana semua itu terjadi. itu semua seolah olah aku mempertikaikan apa yang telah Dia aturkan di dalam perjalanan hidup ku. cuma aku berasa sedikit sedih kerana hati mana yang sanggup melihat kesedihan yang sedang ditanggung oleh mereka yang disayangi di depan mata sendiri. korang sanggup? sanggupkah korang bergembira jika ini yang terjadi ke atas dirimu?
Perjalanan dan kisah kehidupan kita di atas dunia ini tidak hanya tertumpu pada diri sendiri sahaja. cuba lihat disekeliling. kita tidak mampu hidup keseorangan. mereka yang sentiasa disisi itu juga adalah nadi kita. sebahagian daripada diri kita. gembira mereka. gembira jugalah diri kita. sedih mereka. sedih jugalah diri kita. sakit mereka. terasa juga sakit diri kita. tanpa mereka dunia seolah olah gelap. layakkah kita bergembira jika sebahagian daripada diri kita sedang melalui saat saat getir di dalam hidup mereka? kita boleh menipu melalui luaran. kita boleh cipta kegembiraan yang palsu di hadapan semua orang. tapi hati tidak bisa untuk menipu.
Ada masanya kita merasakan terlalu payah untuk kita meneruskan perjalanan ini. terlalu berliku. putus asa untuk meletakkan sebarang harapan lagi. tapi hidup perlu diteruskan juga. beribu kali kau terjatuh. tersungkur. kau harus berdiri semula. hidup tidak selalunya ditemani dengan kisah kisah gembira sahaja. kadang kita terpaksa menangis untuk mendapatkan kisah gembira itu. itulah erti kehidupan. kehidupan sentiasa mempunyai pilihan. kehidupan banyak mengajar kita erti ketabahan. kesabaran. kehidupan juga membawa kita kepada apa yang kita ada pada hari ini.
Orang boleh menilai kita dengan apa yang mereka nampak. orang sentiasa percaya dengan apa yang mereka nampak. orang boleh berkata kata dengan apa yang mereka nampak. tapi adakah mereka merasa apa yang kita rasa? adakah mereka mengalami perkara yang sama seperti apa yang kita alami? adakah mereka tahu setiap cerita yang tersirat disebaliknya? adakah mereka tahu rahsia yang tersembunyi disebaliknya? yang pasti. mereka tidak tahu. tapi masih ingin berlagak tahu. sedih.
Bagaimana harus aku lalui semua ini? mereka sangat kuat. dan aku juga harus kuat. bagai mimpi buruk di awal tahun 2012. cuma dapat berdoa yang ianya akan berlalu segera. pulangkan mimpi mimpi indah kami. pulangkan keceriaan kami. berikan kami ketabahan. pinjamkan kami kekuatan agar ujian ini mampu diharungi untuk kesekian kalinya. aku pohon.
Keperitan hari ini mungkin kemanisan hari esok. Kemanisan hari ini, belum tentu kenikmatan hari esok. Maka, sentiasa bertawakal kepada Allah dan jangan sesekali putus asa berdoa kepada Nya. Hikmah disebalik musibah itu terlalu rahsia. Namun satu yang pasti, sesuatu ujian atau musibah yang diturunkan itu walau ianya pahit di dunia tetapi manis di akhirat.
Wallahu'alam.