Friday 13 January 2012

Trauma Wardina Saffiyah


Assalamualaikum.



 


'Ingatlah Aku dan Aku akan mengingatimu'

Saya cukup yakin. janji Allah benar. ini bukan janji manusia. 




Itu adalah antara ayat ayat yang ditulis oleh beliau. 'Mereka merompak perasaan selamat saya'. itulah trauma yang dialami oleh Wardina Saffiyah. korang perlu baca dan korang akan turut merasa ketakutan, kesedihan dan trauma yang dilalui keluarga beliau. semakin aku meneruskan pembacaan semakin sebak yang dirasakan. mengalir air mata aku membaca bait bait perkataan yang ditulis. 



Hari demi hari. aku semakin mengagumi tulisan tulisan beliau. baik di fb, twitter dan sekarang pembacaan melalui website beliau. beliau sememangnya lain daripada yang dulu. bukan lagi wardina yang mula aku kenal melalui cerita Spanar Jaya. tapi beliau adalah seperti yang anda dapat lihat pada hari ini. seorang wanita yang penuh dengan inspirasi. keep it up wardina ! semoga terus berkarya dan berkongsi ilmu dengan kami yang masih lagi mencari arah dan tujuan di dalam kehidupan yang masih panjang ini :)



Allah menguji kita dalam pelbagai bentuk dan keadaan. ini ujian yang diberikan kepada beliau. dan Allah juga tidak akan menguji hamba-Nya diluar kemampuannya. keyakinan dan kepercayaan beliau terhadap kekuasaan Allah untuk membantu di dalam situasi yang genting itu benar benar menginsafkan aku. aku yang terkadang alpa dalam melalui kehidupan di dunia ini. Ya Allah. ampunkan dosa dosa ku. dan bantulah aku dalam meraih cintaMu. Amin.




1 comment:

Sara Ali said...

Ya Allah...
sampai begitu sekali suami dia menjaga maruah Wardina,,,,

Cukup bertuah dirinya....

Alhamdulillah,,,
wardina sekeluarga selamat...

 

Template by Blogger Candy