Monday, 2 January 2012

Papaaaa ! I Love You !!


 Assalamualaikum.





Filem Papa I Love You mengangkat kisah kasih sayang dan dilema yang dihadapi bapa tunggal, Bahar lakonan Zalif terhadap anaknya, Mia selepas kematian isteri. Selepas kehilangan isteri tercinta, Bahar terpaksa berusaha hidup berdikari. Dia yang sebelum ini sibuk dengan pelajaran dan pengalaman bekerja yang berdepan banyak masalah, membuatkan dia tidak mempunyai keyakinan diri untuk membina hidup baru.



Namun, atas semangat, dorongan dan kasih sayang terhadap anaknya, Bahar nekad untuk berubah. Apakah Bahar akan berjaya melakukannya? Perkenalan dengan Elly juga banyak membantu Bahar menguruskan Mia yang rindukan kasih sayang seorang ibu.



Di sisi lain pula, Elly yang tiada hubungan baik dengan bapanya cukup kagum melihat kasih sayang terjalin antara Bahar dan Mia. Apakah Elly juga mampu memaafkan dan menerima bapanya semula? Papa, I Love You...mengungkap kasih seorang bapa. 







comel la skirt die !





kecik kecik dah pandai berposing bagai. tahu tak, akak kau nie umo dah tua bangka baru nak belajar pandang camera tahu :D 






comel la beskal die !! pinky lagi :)


Antara dialog dialog comel dan menyentuh perasaan aku dalam cerita nie :')


* 'Papaaa. kenapa kita tido dekat sini?' 'kita nak bercamping la Mia, suka tak?' 'suka,suka'

time nie mereka baru je kehilangan tempat berteduh sebab tak mampu nak bayar sewa rumah. makanya, terpaksa tidur kat taman permainan tak silap aku. budak kecik kan, ape yang tahu :')


*'Papaaa. Mia lapar laaaa. jomla pegi beli makanan. dah habis semua Mia makan, tak kan nak makan bekas die kot? '


*'astaghfirullahalazim, astaghfirullahalazim, astaghfirullahalazim' -gila comel Mia buat gaya ala ala melatah die tu :p


*'Papaaa. Mia rindulah dekat mama...' 'kalau Mia rindu, Mia tengok bintang dekat atas, mama tengah tengok kita dekat bawah nie...'


*'walaupun saya miskin, tapi saya tak perlu minta izin sesiapa untuk peluk anak sendiri'


*'kalau satu hari nanti, Papa Mia buat salah dekat Mia, pasti Mia maafkan. sebab..... Papa, I love you !' sambil buat flying kiss dekat Papa dia.


Banyaklah lagi sebenarnya dialog dialog yang boleh buat korang terharu. especially bila budak kecil seperti Mia yang ucapkan kannn. lagi lagi cerita nie pasal bapa, satu perkara yang sangat dekat dengan hati kita semua. aku pun tak jangka nak tengok cerita nie mulanya. sebab aku sebenarnya nak sangat tengok cerita Alvin and the Chipmunks tu. tapi, dah kata tadee rezeki kan, buatlah macam mana pun mesti taboleee. tiket habis ! akhirnya, atas permintaan si kecik. Papaaaa, I Love You ! here we go ! ;)


Paling best ! aku tak pernah masuk hall yang besar tapi hanya 12 orang penonton sahaja oke. korang pernah? hahah. seriously. mula mula kami berdua sahaja yang ada dalam cinema tu. sampailah last sebelum keluar, sempat jugak aku jeling jeling sekeliling. siap boleh main kira kira lagi berapa orang dalam tu. :p whatever it is, dari five stars, aku nak bagi 3 setengah :) kira berbaloi jugak lah beli tiket tu.



*paling comel bila Mia selalu pujuk Papa dia bila menangis. dah terbalik, budak kecik kena pujuk orang tua :p



No comments:

 

Template by Blogger Candy