Monday, 16 January 2012

1001 Alasan Kenapa Kita Menangis




Assalamualaikum.


 



Kenapa kau menangis?

Sebab kau sedih?

Sebab kau gembira?

Sebab kau geram?

Sebab kau rasa takut?

Sebab kau rasa rindu?

Sebab kau telah melakukan kesalahan?

Sebab kau telah berbuat dosa?

Sebab kau rasa diri kau lemah?

Atau kerana diri kau seorang wanita?

Seorang wanita yang sering dikatakan mempunyai hati yang rapuh?

Seorang wanita yang sering dikatakan menangis tanpa alasan yang jelas?

Dan adakah benar seperti yang dikatakan bahawa air mata adalah kawan baik kepada wanita?

Yang sering menemani wanita tak kira masa sedih atau gembira?

Tidak kira berapa banyak alasan yang diberikan, berapa banyak persoalan yang diutarakan.

Jika kau menangis.

Hanya dirimu sahaja yang mengetahui makna sebenar disebalik tangisan itu.

Kadang kadang kita menangis bukan kerana lemah.

Tetapi kita telah terlalu lama bersabar.

Kadang kadang kita menangis bukan kerana ingin mendapat simpati.

Tetapi berharap dirinya difahami, merasai penderitaan yang dialami, memahami isi hatinya yang begitu sukar untuk diluahkan dengan kata kata.  


Kadang kadang kita menangis bukan atas siapa diri kita.

Sama ada kau wanita atau lelaki.

Kedua duanya mempunyai hati dan perasaan.

 Walau sekuat dan setabah mana pun hati kau.

Ada masanya kita akan kalah juga pada keadaan.

Sama ada tangisan syukur, gembira, sedih, benci, sesalan atau apa jua bentuk tangisan.

Menangislah sepuas puasnya.

Kerana itu beerti yang hati kau masih 'bernafas'.




 



Dan malam ini aku menangis kerana melihat mak yang sedang terlantar sakit T_T


Ya Allah. pulihkan kesihatan mak seperti sedia kala. berikan mak umur yang panjang supaya aku dapat mendakap mak dengan lebih lama lagi. aku ingin melihat mak sihat sentiasa. biar hari hari aku terpaksa mendengar bebelan mak, asalkan aku tak perlu melihat mak diam seribu bahasa. kerana aku tak sanggup terus berlakon tabah melihat mak menahan kesakitan. hanya KAU yang mengetahui jeritan hatiku. Amin Ya Rabbal A'lamin.




*please pray for my mom <3


No comments:

 

Template by Blogger Candy