Wednesday, 4 January 2012

C.I.N.T.A



Assalamualaikum.



 



C.I.N.T.A

Lain orang lain pendapatnya,
Tapi bagi aku,
Cinta itu datangnya ikhlas dari hati kita,
Beerti ikhlas dalam menerima pasangan kita,
Jujur dalam menyayangi dan mengasihi,
Menjaga kepercayaan yang diberikan,
Dan paling penting..menjaga sebaiknya hati yang telah diserahkan.


Jika cintai dia,
Sayangi dia dengan hati dan bukan dengan perasaan,
Sayangi dia seadanya dan sepenuh hati,
Selagi ia tidak melebihi sayang dan cintanya kita pada Allah yang satu.


Cinta datang dalam pelbagai cara,
Ada antara mereka,
Sekali pandang sudah terpaut,
Ada yang mengambil masa yang lama untuk menyedari hadirnya cinta itu,
Ada yang menjadi musuh dahulu,
Bergaduh, bertengkar dan akhirnya bercinta.


Tapi bagi aku,
Cinta itu hadir tatkala aku merasa getarannya,
Tiada ungkapan yang sesuai untuk menggambarkan perasaan itu,
Ianya hadir begitu sahaja,
Dan tiada sebab yang khusus untuk aku menterjemahkannya.


Cinta adalah ketawa,
Juga air mata,
Pasti ada kenangan manis juga pahit sebagai pelengkapnya.


Tapi,
Cinta itu juga mengajar kita erti kematangan,
Ketabahan, kekuatan dan saling sayang menyayangi,
Jika anda pernah dikecewakan,
Jangan pernah takut untuk terus mencuba,
Kerana mungkin Tuhan mahu kita berjumpa dengan orang yang salah,
Sebelum menemui pasangan yang betul.


Cinta yang memilih atas dasar kecantikan,
Tidak akan berkekalan lama,
Cinta yang terdorong oleh hawa nafsu,
Akan membawa kepada hancuran,
Cinta akan kekayaan,
Akan membawa kepada kesengsaraan.


Namun,
Cinta sejati hanyalah kepada Allah,
Kasih selayaknya kepada ibu bapa,
Dan sayang hanyalah kepada suami tercinta.


Sekiranya kita cinta kepada manusia,
Cinta itu tidak semestinya kepada kita,
Tetapi,
Jika cinta itu ditujukan kepada Allah,
Nescaya cinta Allah itu tiada penghujungnya,
Kerana Dia tidak pernah menolak cinta dari hamba-Nya.


InsyaAllah.





"Jika kamu cinta kepada bunga, bunga akan layu. Jika kamu cinta kepada manusia, manusia akan mati. Cintalah kepada Allah swt, Allah swt akan mencintai kamu selama-lamanya."



Sesungguhnya... setiap daripada kita layak untuk berbahagia. Izinkan diri kita untuk merasa nikmat kebahgiaan itu. Bahagiakan juga insan disekeliling mu kerana kita juga akan turut bahagia dengan kebahagiaan mereka.




*nukilan yang pernah aku karangkan satu masa dahulu :') 



No comments:

 

Template by Blogger Candy