Friday, 13 January 2012

Biar Pertama Menjadi Yang Terakhir !


Assalamualaikum.


Sepanjang hidup korang kan. ada tak perkara atau perbuatan ataupun kejadian yang korang harap tidak akan berulang lagi di masa hadapan? korang harap supaya tidak akan berdepan lagi dengan kejadian tersebut? korang tak nak langsung benda tu muncul kembali dalam hidup korang? inilah yang aku maksudkan 'Biarlah Pertama Akan Menjadi Yang Terakhir' :) menyingkap kembali cerita sempena aku mencecah usia 25 tahun nie, ade 2-3 benda yang pernah aku buat atau lakukan sebelum ini. tapi aku tak akan pernah untuk mencubanya untuk kali ke dua. tak akan !



PERTAMA




Gambar : Ehsan dari Kosmo 


Tahu apa nie? :p aku pon tak ingat dah nama dia. storm ke hape entah. lebih kurang macam tu lah bunyinya. huhuh. aku naik benda nie dua tahun yang lalu. masa tu kitaorg nak celebrate bufday kawan aku dekat PD. selama nie, kalau pergi pantai tak pernah pon nak try main benda benda nie semua kan. yang tahu kecik kecik dulu, sampai je dekat pantai terus lari kedek kedek masuk dalam air. siap dengan pelampung lagi :p 


Nak dijadikan ceritanya. benda tu sepatutnya boleh muat 3 orang je tau. tapi kami masa tu berempat. how come? makanya, bermulalah sesi pujuk rayu kitaorg dengan abang storm tu. heheh. misi berjaya ! berhimpitlah kami berempat. hamik ko ! dan paling kelakar. yang badan besar 2 orang, 2-2 penakut giler nak mati. berebut nak duduk tengah pulak tu. ( aku lah tu :p ) yang kurus macam lidi, terlebih berani pulak. makanya, mereka berdua perlu duduk ditepi menjadi dinding yang penakut tadi. hahah.


Sampai ke tengah laut dibawanya. melambung lambung macam nak tercampak ke laut. menjerit tak payah cakaplah. satu pantai teluk kemang tu boleh dengar. malu ! hanya Allah je tahu masa tu perasaan aku. tak boleh nak explain dengan kata kata. korang kene rasa sendiri. naik sendiri. baru boleh paham. sepanjang melambung lambung tu. tak henti henti aku berdoa dalam hati supaya tak tercampak ke laut. walau ade safety jacket ! itu belom cukup meyakinkan aku bahawa aku akan selamat. aku takut actually dengan laut. aku pikir kalau masuk dalam laut tu akan ade hantu air tarik kaki aku, akan ade ikan jerung semua. hahah.


Paling aku tak kan lupa. aku siap menjerit lagi kat abang storm tu. berhentiiiiiiiiii berhentiiiiiiiiii. sampai ke sudah itu jee lah yang aku jeritkan :p pasni jangan harap aku nak naik kau lagi tau storm ! orang offer sejuta pon aku tak mahu !



KEDUA





Mesti semua tahu kan? :) ice skating ! sememangnya aku tidak dilahirkan untuk bermain benda nie -___-  first time aku try dekat mana lagi kan kalau bukan sunway. ingat boleh lah main, atleast jalan slow slow. hampeh ! jalan setapak, mesti jatuh. jatuh bangun jatuh bangun. last last sakit yang aku dapat. bukan keseronokan. hahah. masa tu tak pikir malu dah. orang nak tengok ke, orang nak gelak ke, ape keeee. peduli sama mata mata itu. nak habiskan satu round pon seksa yang amat. 


Konon konon tak nak give up lah kan. konon konon usaha tu tangga kejayaan. memang betul pon but not in this situation :p selalu berangan nak buat pusing pusing, nak meluncur sambil angkat kaki sebelah. tapi kalau dah jalan pon nak kene pegang tepi tepi gelanggang. what to say? terus berangan jelah jawabnya. last last give up juge. gagah jugak lah nak habiskan dua round oke. bangga tak bangga lah kan. hahah. tapi serious tak mahu lagi. tengok orang main je boleh lah. sakit !



KETIGA





Aku membesar dengan cerita cerita Hindustan. and I'm a big fan of Shah Rukh Khan ;) setiap hari sabtu, tepat pukul 2 petang, mesti dah terbaring depan tb. pagi ade ko-k kan dekat sekolah? and I will make sure untuk sampai ke rumah sebelum pukul 1. hehehe. tapi apa kaitan dengan si Rani nie kan? oke. disebabkan aku terlalu obses dengan cerita Kuch Kuch Hota Hai masa tu, sampai aku tekad untuk menulis surat kepada si Rani. haaaaa. korang ade? hahah. konon nak bagi tahu dia lah yang aku minat giler dengan lakonan die semua. dan berharap die akan balas surat aku tu. mimpi lah ko ! :p entah surat tu sampai ke tidak.


Cerita tu aku tengok dah lebih 10 kali rasanya. setiap kali tengok meleleh jugak. hahah. yang pelik, dekat SRK or artis artis Malaysia nie tak nak plak berutus surat bagai. yang jauh tu jugaklah nak. haihhh. memang tak pernah dah lah aku rajin nak bersurat surat nie kan. first and last. only for Rani ! :) sekarang pakai fb atau twitter. lagi mudah dan cepat. eh eh. u know what? aku siap tabur bedak wangi lagi dalam surat tu ! HAHAH




 



Oke. ini tak termasuk dalam senarai ye. ini benda yang tak pernah langsung aku rasa selama 25 tahun aku hidup. camping? honestly. aku tak pernah ade experience pasal camping. macam mana camping tu. apa rasanya pergi camping. macam mana tido dalam hutan. buat unggun api ( ini paling aku teringin ). masak masak pakai unggun api. memang dulu aku join pandu puteri, kadet remaja. tapi sampai bab camping mesti aku tak join. rugikan? 


Kadang kadang adalah jugak rasa macam tu. tapi nak buat macam mana. aku nie nampak je ganas. tapi penakot ! hahah. as usual, aku akan terpikir cik H dulu bile cakap nak masuk hutan semua. tersesat dalam hutan lah. nie semua terpengaruh dengan cerita cerita dekat tb ! dah kata kaki tb kan :p memang rasa rugi tapi tak pernah rasa menyesal. dan maybe ini adalah satu satunya aktiviti yang tak akan pernah aku cuba walau untuk sekali seumur hidup ;)



*kalau bab makan. tak pernah pulak ade 'biar pertama menjadi yang terakhir' :p



3 comments:

Norsyazwani Mohd zaini said...

yang part tulis surat untuk rani tu klakar shida! hahaha

CikShidot said...

hahaha
tu rahsia paling besau dlm hidup.
even fmly kita pon tak penah tahu :p

Sara Ali said...

camping sy dh selalu...
wlaupon dh masuk utan byk kali...
tpi still takut..

mmg dasar pengecut...
nk buat mcm mana kan?..
hahaha

 

Template by Blogger Candy