Thursday, 12 January 2012

11 January 1987


Assalamualaikum.





SELAMAT HARI LAHIR CIK SHIDOT !





Dah 25 tahun aku hari nie.
Begitu pantas masa berlalu saban hari.
Sebenarnya aku pon tengah percaya tak percaya je lagi nie.
Bagun pagi tadi rasa macam tadee pape je yang berlaku.
Kalau lah pertambahan umur tu kita boleh nampak.
Mesti kita akan terasa lebih takut kan?
Dan rasanya ramai yang akan bertaubat.


Bila tersedar yang umur kita nie semakin bertambah, bukan berkurang.
Tersedar yang masih kurang amal yang dilakukan.
Tersedar yang banyak kelalaian yang telah dilakukan.
Tersedar yang betapa singkatnya hayat yang masih berbaki.
Semuanya kerana masa yang sangat mencemburui kita.



Masa yang tidak mengenal erti berhenti.
Masa yang tidak mengenal erti menunggu.
Masa yang tidak pernah akan berpatah kembali selepas ia berlalu pergi.
Satu yang ia tahu.
Berjalan dan terus berjalan.
Lalu meninggalkan sesiapa yang terlambat untuk menyedari akan kepentingan untuk menghargai setiap saat dan detik yang dilalui.


Sempena usia 25 tahun ini.
Aku mahu lebih serious di dalam setiap yang aku lakukan.
Dah tak banyak masa nak main main dah.
Aku tak mahu bersedih di atas perkara yang melalaikan dan merugikan.
Air mata ini sangat mahal harganya untuk dibazirkan pada yang tidak layak untuk ditangisi.
Aku tak mahu duduk termenung, berangan angan mat jenin lagi.
Sekarang sudah masanya untuk aku berdiri dan terus maju ke depan mencapai apa yang diimpikan.



Sempena usia 25 tahun ini.
Aku tak mahu memikirkan perkara perkara yang remeh temeh.
Itu semua akan membuang masa dan memenatkan otak.
Aku mahu terus berfikiran positif.
Supaya orang disekeliling juga sentiasa bersangka baik terhadap diri ini.
Aku mahu jadi kuat seperti Badang.
Supaya aku kuat untuk menghadapi segala ujian yang mendatang.


Sempena usia 25 tahun ini.
Aku berdoa supaya diberi kesihatan yang baik.
Supaya aku dapat bekerja lebih keras demi masa hadapan.
Aku berdoa untuk menjadi anak yang solehah.
Supaya aku dapat berbakti kepada mak dan abah.
Aku berdoa supaya dimurahkan rezeki.
Supaya Allah membuka seluas luasnya pintu rezeki untuk hamba-Nya ini.



Sempena usia 25 tahun ini juga.
Aku berdoa supaya ditambahkan rasa keimanan di dalam hati.
Supaya aku dapat terus memperkukuhkan rasa cinta, kasih dan sayang terhadap Allah yang Esa.
Aku berdoa supaya ditetapkan iman di dalam hati.
Supaya aku sentiasa istiqamah dalam melaksanakan segala suruhan-Nya.
Aku berdoa supaya ditemukan dengan Adam ku.
Yang akan mengimamkan setiap solat ku.
Dan membawa ku ke jalan yang diredhai dalam membina syurga dunia dan syurga yang kekal di sana.

InsyaAllah.




*KakLong tanya, ko nak ape? aku cakap, orang nak keje. hahah. kak long cakap lagi, duhhh. benda lain laaa, mane boleh bagi keje :p apa benda yang ko paling nak sangat sekarang? dan aku pon berkata, tadee pape. serious. cukuplah ko dah wish :') dan ucapan aku untuk kalian semua, terima kasih atas ucapan, ingatan dan doa yang diberikan. itu lebih bermakna dari segalanya. deep in my heart. really appreciate it :')



4 comments:

Sara Ali said...

cik shidot....
happy birthday....

dh besar upernya awak nie erk...
sy masih 24...
kecik kan sy?..

hehehe...

love u my dear... =)

Cik Comey said...

SELAMAT BERTAMBAH USIA cik shidot..
semoga makin bertambah rezki,makin bertambah bahagia n makin bertambah sihat tapi jangan makin bertambah berat..hahaaa....

p/s: br 25 tahun lagi muda dr cik comey...=D

iShasha Aishah said...

happy birthday.. ~__^

CikShidot said...

sara :

sib baik kmu ckp dah besar n bukan dah tua. hahah
thanks dear ! love u too :')


cik comey :

mmg berat bertambah sekali nie :p
terima kasih atas ucapan itu :)
eh, yeke? nampak muda je? heee.


shasha :

terima kasih :)

 

Template by Blogger Candy